Wednesday, November 21, 2012

Slice Cheese Cake versi Coklat

Assalamualaikum,

Ingat tk slice cheese cake yg hanya menggunakn slice cheese tu,tk perlu gunakn cream cheese...nk tgk resepi kat sini

Kali ni sy cuba versi coklat,mmg sedap sangat...terasa kelainan dr kek coklat biasa.sgt lembut dan moist.

 resepinya lebih kurang je...

Sumber : HaSue


(Versi coklat)
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
• 6 keping slice cheese
• 400 ml susu segar perisa coklat
• 100 gram butter atau marjerin
• 100 gram tepung gandum
• 95 gram gula
• 4 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila
-1/2 cawan serbuk koko
-coklat emulco(optional)

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
(bahagi dua utk buat marble perasa apa2 pn blh, 1 stgh st perasa)
(kalo nk buat coklat just tukar susu fresh milk coklat)
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi 




No comments:

Post a Comment