Wednesday, November 21, 2012

Slice Cheese Cake versi Coklat

Assalamualaikum,

Ingat tk slice cheese cake yg hanya menggunakn slice cheese tu,tk perlu gunakn cream cheese...nk tgk resepi kat sini

Kali ni sy cuba versi coklat,mmg sedap sangat...terasa kelainan dr kek coklat biasa.sgt lembut dan moist.

 resepinya lebih kurang je...

Sumber : HaSue


(Versi coklat)
Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
• 6 keping slice cheese
• 400 ml susu segar perisa coklat
• 100 gram butter atau marjerin
• 100 gram tepung gandum
• 95 gram gula
• 4 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila
-1/2 cawan serbuk koko
-coklat emulco(optional)

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
(bahagi dua utk buat marble perasa apa2 pn blh, 1 stgh st perasa)
(kalo nk buat coklat just tukar susu fresh milk coklat)
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi 




Pancake for breakfast

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua,jgn lupa berdoa utk GAZA ye...:'(

di musim cuti sekolah ni ramai yg update blog / fb gi berjalan2,mkn angin...tp sy dan family masih blum berkesempatan.Smlm si kakak request pancake for breakfast,katanya dh lama tk mkn...huhuuu

So,pagi ni kita share resepi pancake yg sy jumpa kt myresepi.




PANKEK

Bahan-bahan ( 10 biji bole kot.. )

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air sejuk
  • 2 sudu besar butter dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Gula dan telur dipukul hingga kembang. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
  2. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau lagi. Masukkan baking powder dan kacau hingga rata. Kalau berbentil kacau la lagi sampai tak berbentil.
Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Masak atas pan..

 Resepi mudah kan....blh mkn dgn honey,apa2 jem...yg paling best pancake ni lembut spai ke mlm.:-)

Tuesday, November 13, 2012

Kek Lapis Pandan ( Pandan Layer Cake)

Assalamualaikum,

minggu ni bermulalah cuti persekolahan,tentu ramai yg amik kesempatan ni utk gi bercuti @ balik kampung.Sy belum lg ada perancangan utk bercuti atau kemana-mana,hanya duduk di rumah.Macam biasa utk mengisi masa lapang dan mengisi perut.Sy cuba pulak resepi kek lapis kastard pandan ni.Mmg sedap aroma pandan,membuka selera,sekali-sekala tk terasa makan kek,mcm mkn kuih tradisional pn ada...hihi



ok,jom cuba resepi ni ye,sedap lg kalo mkn ketika kek sejuk...

KEK SPAN PANDAN
by : Sweet 4ever

150 gm tepong super fine - ita guna tepung kek
150 gm gula kastor
5 biji telur telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml air daun pandan - ita ganti susu segar
80 ml minyak / mentega cair
1 sudu teh pes pandan
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau

Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita mendap atau turun atau penyek




KASTARD PANDAN

 (A)
180 gm gula kastor
500 ml air pandan- \guna pandan paste + air
1 sudu makan serbuk agar-agar segera (instant jelly) - guna 10 gm dlm peket

(B)
400 ml santan pekat - 200 gm santan kotak + 200 ml air (kacau sebati)
85 gm tepung Hoen Kwee hijau/putih
1 atau 1/2 sudu teh pewarna hijau epal
Secubit garam

Untuk hiasan: 1 cawan kelapa kering



·  untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
·  satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
·  kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
·  sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
·  letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
·  letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
·  hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
·  keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

CHOCOLATE BALL

Assalamualaikum w.b.t

sempena majlis penyampaian hadiah dan sijil si kakak farzana,sempat jg sy potluck chocolate ball,resepi simple yg sgt digemari oleh kanak-kanak.sy cuba resepi dr sini HaSue



Bahan-bahan

* kek chocolate
* chocolate masak
* chocolate rice
* paper cup

Cara-cara

1. kek chocolate di ramas hancur
2. cairkan chocolate masakan. kemudian campurkan pada kek tadi
3. campur sedikit2 chocolate cair tu pada kek tadi dan jadikan ianya bebola
4. letakkan bebola kek tadi di atas paper cup dan tuangkan chocolate cair di atasnya
5. taburkan chocolate rice
6. biarkan sejuk baru boleh makan.




dua biji kek yg simple ni tempahan cikgu tabika utk anak2 muridnya....

Kek Coklat Moist Kukus

Assalamualaikum,hari ni 1st n3 sy ialah kek yang paling mudah dan simple je resepi nyer,kek coklat moist kukus....anak2 pn sgt suka makan...! (bkn anak je abahnya pn sama ^_^)

Resepi ni sy amik dari Myresepi
  
Kek coklat moist kukus
Bahan A

2 biji telor gred A
1 cawan serbuk koko
1 cwn gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
2 cwn tepung gandum**
1 sudu kecil soda bikarbonat**
1 sudu kecil baking powder **

bahan B

1 cwn air panas

cara2:-
pecahkn telor kacau ngan senduk biar sebati..(tk perlu pukul)masukkn serbuk koko,gula,susu pekat,kacau sebati...kemudian masukkn minyak masak gaul biar sebati...kemudian ayak tepung+soda+baking powder n masukkan dlm adunan td...gaul sebati last sekali masukkn air panas...kacau smpai betul2 sebati..kemudian kukus selama 40 minit..dah masak sejukkn baru wt topping dia...

bhn2 topping:

cooking chocolate (apa2 brand pun boleh)
1/2 tin reduce cream milk (susu cair)
1 sudu kecil nescafe(jika suka)

msk bhn guna cara double boiler sampai likat bru tuang atas kek n hias ikut citarasa sendiri...

mmg confirm menjadi wat kek ni...hehe..

dan sy pn dh berani amik order dr kawan2 terdekat,jiran2...InsyaAllah kalo ada rezeki blh luas kn lg market...

 yg ni kawan order utk birthday anaknya,nk yg simple jer...
lps dr tu,ramai lg kengkawan yg order,best jugak ler...

 

 



Saturday, November 10, 2012

SLICE CHEESE CAKE

Assalamualaikum,

baru je abis kek coklat kukus lapis cream cheese,arini jom menambahkn lelemakss lg...hihiii. Kali ni sy nk share resepi cheese cake yg mmg gebu dan sedap,rasa chesee pn sedang2 je dgn kemanisan kek yg tk keterlaluan.Mmg tk jemu le mkn,anak2 pn suka....
Kek ni hanya menggunakan slice cheese,tk payah guna cream cheese.Tapi sy gunakan keju cheddar yg sy parut halus2.
Hiasan ada pilihan anak lelaki sy yg sgt2 suka kek yg berwarna green...so sy marble kn dgn perisa pandan.









SLICE CHEESE CAKE
sumber :
Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

4-5 keping slice cheese - sy guna cheddar cheese yg diparut halus 100gram
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M - sy guna saiz A
beberapa titik esen vanila

 

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
(bahagi dua utk buat marble perasa apa2 pn blh, 1 stgh st perasa)
(kalo nk buat coklat just tukar susu fresh milk coklat)
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi