Tuesday, May 22, 2012

Strawberry Cheese Tart

salam,
dh lama rasanya tk masukkan N3,sibuk dgn aktiviti persatuan,baru2 ni kami sekeluarga ke kudat slps sebulan meninggalkn d tip of borneo tu...
sbnrnya dlu kami menetap di sana,skrg berpindah di k.k aka macam di k.k...lalalalaaaa

memandangkn slalu je ada baki cheese dalam peti ais,apa kata sblm rosak kita buat cheese tart yg sedap ni.


sy ambil resepi dr Dari Dapur Azita Zain

CHEESE TART
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll



Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Ibu

salam,sempena hari ibu ni,sy nk ucapkan selamat hari ibu kpd ibu sy yg tercinta,ibu mertua sy dan semua ibu2 di alam maya ni...heheheee

smlm sibuk menyiapkn kek hari ibu utk diri sendiri...waaa...blh lak camtu ek.semestinya kek coklat kegemaran my family,
dh jemu mkn kek coklat moist,jom kita cuba kek span coklat pulak,resepi ni sy amik dr Myresepi.com

KEK SPAN COKLAT (SPONGE CAKE)

Bahan-bahan ( 1 biji kek 1/2 kg kot )
  • Bahan A
  • 4 biji telur(elok gred B,klu saiz kecik lebihkan sebiji)
  • 120g gula kastor(klu xde gula kastor,amik gula biasa then blend kering smpai halus)
  • 1 camca besar ovallate(xbuh pun xpe,tp sy buh jer..ada stok kat dapur)
  • 1 camca besar mayonis original yg putih(xbuh pun xpe,tp sy tetap buh gak,dh ada stok kan)
  • ----
  • Bahan B (satukan semua n ayak)
  • 80g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 20g tepung jagung
  • 1 camca teh baking powder
  • ----
  • Bahan C
  • 65g butter cair-sejukkan dulu (sy ganti dgn minyak masak je)

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan B n ayak 5 kali.ketepikan
  2. Satukan semua bhn A dlm 1 mangkuk n putar dgn mixer smpai jd putih gebu.dlm 15 minit gak la.sy pakai hand mixer je n guna kelajuan paling maksimum.msti guna kelajuan maksimum klu tdk, x jadi putih gebu.(sblm ni sy penah buat guna kelajuan yg minimum sbb hand mixer sy tu bising sgt...lama sy putar tp xjd putih sbbnya xguna laju maksimum,kesudahannya kek sy xjd gebu pun).jgn takut2 guna high speed,pedulikkan kebisingan itewww
  3. Kemudian tambah bahan B yang telah diayak tadi.campak sumer skali,putar lagi smpai sebati 2,3 minit jer
  4. Pastu tmbah bahan C plak. Putar lg 2,3 minit.siap adunan kek
  5. lumur loyang dgn minyak n tabur tepung gandum,ketuk2 sikit supaya tepung rata...barulah tuang adunan kek. Sy guna loyang bulat 9 inci n sy terpaksa buat 2 adunan utk dptkan 2 layer tu.sbb nipis utk dibelah 2.try le masukkan dlm loyang kecik utk bg tebal,boleh la belah 2 xpyh buat 2 adunan dh,tp takut plak risiko kek jd merekah ke hape guna loyang kecik 2.huhu..tang saiz loyang ni sy xberapa pandai.huhu.mtk maap kwn2 sumer.setahu sy adunan kek xbleh lebih separuh dr loyang
  6. Pastu bakar le mcm biasa..PREHEAT DULU oven tau dlm 15 minit.klu oven sy,sy guna suhu 170⁰C selama 45 minit guna api atas bawah.lps 45 min, cucuk dgn lidi utk test,klu xmsk lg tambah le masa kejap.jgn duk buka tutup oven nnti kek jd mendap.
  7. Lepas siap masak,terus keluarkan dr oven n hentak 2,3 kli perlahan2 n telengkupkan/terbalikkan atas redai dlm 10 minit (ala2 buat mcm kek chiffon).
  8. Lepas tu barulah lalukan hujung pisau di sekeliling kek utk longgarkan kek dari acuan n then terbalikkan semula..masa ni pepandai la korang buat nk bg kek tu keluar dr loyang tu.senang je dia loose sendiri lps lalukan hujung pisau tu
  9. Utk cream kat atas tu sy bantai guna sebuku buttercup,100g gula yg diblend halus..putar semuanya sampai gebu.lepas tu tambah 100g coklat masakan yang dicairkan(nk ganti serbuk koko pun xpe dlm 2 camca besar)..putar lg smpai sebati-sy rasa ada lg resepi buttercream lain yg lebih baik.ni b.cream emergency pakai yg mana ada kat dapur je.hehehehe
  10. Coklat yang kerinting2 kat atas tu cara nak buat nye senang je..amik coklat bar(belasah je coklat masakan)..then parut.bkn pemarut lubang halus2 yang parut nenas utk buat jem nenas tu tau..parut yg org guna utk buang kulit kentang,kulit timun batang..ha..parut je cam nk buang kulit kentang tu ha..nnti dia otomatik kerinting sendiri.
  11. **mtk maap guna ayat sendiri,sy xtau kat mana dh sy amik resepi ni terpaksa bina ayat sndiri.klu xpaham, tanya lah yek..msti ada yg pelik guna mayonis dlm kek ni kan..sy pun xbrp pasti ape fungsinye..ikut je resepi.sy penah buat xbuh mayonis,kek span tu jd kering mcm roti coklat..bila guna resepi yg ada mayonis ni,kek tu mcm lembab ckit..penah dgr kek buh cuka atau jus lemon tak?ha..fungsi dia mcm tu la kot.hehe..pepandai aku je buat conclusion 




ni la kek hari ibu saya...(mother's day cake),utk topping sy ltkkn coklat ganache.nk letak buttercream pn blh.
resepi coklat ganache :
300g dairy milk/ fresh cream
500g coklat
30g butter (1 sudu besar)

-panaskn susu sebentar,dh agak2 panas tutp api.masukkn coklat yg dh dipotong kecil2.
-masukkn butter,kacau sehingga semua hancur.
-sejukkan sebentar pastu blh la sapu atas kek yg dh disejukkn dahulu.



mmg lembut kek ni,sedap....lain kali blh try perisa pandan,strawberry atau masukkn vanila utk vanilla sponge cake.Lastly,nk share poem utk ibu2 semua...miss my mak.....!


 

Tuesday, May 8, 2012

Rainbow Cake

sempena birthday my daughter 24 feb yg lps,sy buat rainbow cake.mmg awesome...!!!
budak2 mmg suka sgt ngn kek colourful ni,

kek ala2 Martha Steward ni mmg glamour le skrg ni,harga kt kedai kek blh tahan jg...hampir ratusan ringgit pn ada,kalo dh blh buat sendiri lebih jimat,kan...kan...kan....
jom try resepi Rainbow Cake ni ye,sy amik dr Myresepi.com

RAINBOW CAKE

Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )

  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek 
 

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air. 

                                                                           

4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata. 


5.Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
 
6. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain. 

7.  Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda

                                                                    

Monday, May 7, 2012

Nak kurus ? 10 kesilapan paling besar semasa diet.

arini sy nk kongsi artikel ttg diet yg saya baca dr blog Kevin Zahri http://kevinzahri.com

10 KESILAPAN PALING BESAR SEMASA DIET


Dalam kebanyakan seminar-seminar dan email soal-jawap tentang diet, berikut adalah antara mistake yang sering diulang. Kesilapan berikut TIDAK akan membantu anda kurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan mistake berikut.
  1. Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
  2. Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
  3. Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
  4. Dapatkan eBook percuma 45 Tip Kawal Nasfu Makan.
  5. Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
  6. Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
  7. Harapkan makanan tambahan. Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
  8. herbalife? Saya tiada masalah dgn penggunaan herbalife atau mana2 produk meal replacement. Tapi ia juga makanan dan bukanlah produk ajaib. Cuma kosnya tidak munasabah untuk penggunaan jangka masa panjang di Malaysia. Saya prefer whey protein – lebih ekonomi.
  9. Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  10. Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  11. Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  12. Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.
  13. Amalan diet saya SAMA dari january 1st sampai Disember 31. Ia amalan gaya hidup yang TETAP dan bukan program 12 minggu.




Sunday, May 6, 2012

Apam Polka Dot (Apam Dot Dot)

hye...! arini sy nk kongsi resepi apam polka dot yg blh dijadikan side income...^_^
sesapa yg berminat nak buat bisnes blh cuba resepi ni,mmg mudah dan mendapatkan sambutan masa kini.
sesuai jg nk dijadikn gift sempena birthday,perkahwinan atau kenduri2....

sy pn dh cuba buat bisnes apam polka dot ni...mmg menguntungkan.

resepi ni saya amik dari myresepi,

APAM POLKA DOT

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

 Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

 

 

yg ni sy pack 50biji,harga utk 100 biji RM30...


versi orange ngn strawberry....(yg tk brp nk jd.... :-p)
next time nk cuba versi angry bird pulak...tp blh ke? nanti kita cuba k.

Kek Karamel (kek marble karamel)

selalu je tgk gambar kek karamel yg mengoda diet makan sy kt wall fb tu, nampak sangat2 menyelerakn,warna-warni...nyummy...:-)

sy pn nk try le jgk...hehee....ni resepi ye Sinar Kehidupanku


KEK KARAMEL PELANGI
Bahan:-A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


 C - Adunan Kek Bahan 1
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
D- Adunan Kek Bahan 2
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringue
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, pastu tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath:
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Saya tambah 5 minit lagi guna api atas sahaja utk keringkan permukaan kek.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


 lepas terbalikkn kek jgn lupa cepat2 lapkan air karamel@air gula hangus yg turun tepi2 kek tu yea...
kalo lambat nanti jd camni pulak...huhuuu..



Saturday, May 5, 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake (kek cheese)

salam,
jom kita cuba kek cheese yg sgt mudah ni,tekstur mmg lembut dan gebu...mmg tk jemu nk mkn.
tp jgn lupa diet k...ekekekee... ;-)

jom amik resepi kt cni di sini
LIGHT CHEESE CAKE..

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

1) Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,
2)  Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah lama.

3) Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan.
Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.

4) Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.
Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..

*PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini
tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.

5) Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati.

6) Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan..Ingat ya,kacau dengan perlahan sahaja.. Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati..Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung dan ratakan seperti di atas..lebihan tepung tu buang laa ek..atau boleh je recycle..sebab masih elok tu.. Selepas itu boleh lah tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris ini..Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.
7) Tuangkan air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..Selain tu korang boleh je nak panaskan loyang berisi air siap2 dalam loyang yang sebelah bawah tu..tapi cam rumit sikit laa kan.Semasa dibakar,kek biasanya akan naik elok jer..dan turun sedikit setelah sejuk(tapi bukan bantat ye) .





Friday, May 4, 2012

~Tips Hidup Bahagia~

~TIPS HIDUP BAHAGIA~

[♥] Sebarkan SALAM,
[♥] Maniskan SENYUMAN,
[♥] Ringankan BEBAN,
... [♥]Tenangkan TEMAN,
[♥] Maafkan KESALAHAN,
[♥] Tingkatkan IMAN,
[♥] Bersangka baik DIAMALKAN,