Monday, January 7, 2013

Kek Span Pelangi (Rainbow Cake)

Assalamualaikum w.b.t

terima kasih pada semua yg masih sudi menjengok blog saya, di kala musim hujan ni...muncullah pelangi yg sangat indah walaupn hanya seketika.....phewwwitt...puitisnya penulisan sy kali ni,hahahaaa.

Mmg cuaca agak mendung sejak minggu lepas, berita mengenai banjir di sblh pantai timur semenanjung pun sgt membimbangkn..Kesian anak-anak yg tk dapat nk mulakan persekolahan. Doakan semoga semua mangsa banjir di permudahkan segala urusan,Insha Allah...

okaylah,arini sy nk share resepi kek span pelangi yang mudah dan sedap,

Ni resepi kek span ye,
(sumber : myresepi & HaSue)

 Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong
150g gula halus
5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!




Tuesday, January 1, 2013

RESEPI PEMBUKAAN TAHUN BARU 2013

BUBUR PULUT HITAM


Assalamualaikum,
Selamat tahun baru kepada semua sahabat2 yang sedang membaca blog saya... ^_^
Sebagai pembukaan tahun baru ni sy mencuba resepi all time favourite ni,bubur pulut hitam.Ini adalah kali pertama sy cuba buat cz selalunya makan mak yg buat, setiap kali tgk mak buat kt dapur,tkder sukatan yg tertentu,mak sy pakai agak2 jer....biasa la org lama...sy ni pulak tk pandai nk mengagak sukatan ni...



So sy pn menggunakan khidmat pakcik google bg mendptkan resepi,sy guna resepi kak nor secubit garam,
ni resepinya



Bubur Pulut Hitam

 Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam ( lagi lama lagi elok )
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh ( extra )


Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.
Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.
 
 
 
*** Tips bubur pulut hitam yang sedap: beras mestilah betul-betul kembang (pecah dan tiada rupa beras lagi)sebelum dicampurkan santan.
*** Bubur yang lebih lemak, lebih sedap. Untuk menjaga kesihatan, gantikan sebahagian santan dengan susu cair. (sumber : periuktanah.blogspot)