Monday, May 20, 2013

Ikan Bawal Sweet Sour (Masam Manis)

Assalamualaikum...

Arini nk share menu lunch td, dh ptg baru berkesempatan nk update....sejak pindah ke tempat baru ni rindu pulak rumah lama sy yg tepi laut tu...tiap-tiap minggu blh makan ikan besor2...murah lak tu,aduiii...gi pasar td ternampak ikan bawal yg segar,mcm sodap je ni kalo wat menu tghari,tanpa melengah lg trus sambar 2 ekor yg saiz sederhana...harga RM12,blh la kn...
Resepinya sy refer kt blog sifu yg selalu sy singgah, mmg best blog Dapur Tanpa Sempadan


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
 
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap. Masuk  sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan segera...

Friday, May 17, 2013

Kuih Keria untuk juadah petang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Firstly nk bgtau kt semua yg sedang baca blog sy ni, laptop sy ada masalah dgn huruf M, setiap kali sy tekan key "M" kluar berderet-deret huruf tu........ sy pn cuba membaikinya sendiri dengan mencungkil pad "M" tu dan keluarkan habuk-habuk yg melekat,harap-harap tkder la typing error MMMMMMM hokeh.
Kalo ternampak M berdouble tu,sila ABAIKAN ye..thanks,huaaawahhh

Apa menu ptg kawan-kawan hari ni? Sy menunaikan permintaan anak dara sy yg nk makan kuih keria a.k.a kuih gelang. Resepi tradisional yg sgt simple dan mmg memikat selera petang, sambil makan-makan minum bersama air teh yg manis-manis buah,Alhamdullilah nikmatnya.....






Bahan-Bahan (Kredit : KUIH KERIA KAK YATIE )


  • 500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
  • 1 cawan gula-
  • 1/2 cawan air
Cara-Caranya
  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

Wednesday, May 15, 2013

KEK AFRICAN MARBLE

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia, sempena hari guru ni saya nak share kek marble yang memang gebu dan sedap...memang sesuai untuk dibawa ke majlis sambutan hari guru ni ^_^


Resepi Kek African marble (sumbangan Roshayati : RNet)


250g tepung naik sendiri
200g gula
1 tsp baking powder
300g telur (timbang tanpa kulit)
1 tbsp ovalette
50g air
2 tbsp susu pekat
175g butter (cairkan)

Cara membuat:
Masukkan semua bhn kecuali butter cair.
Pukul semua gebu atau naik 2x
Masukkan butter cair, gaul perlahan & warnakan mengikut citarasa


Memang mudah kan buat kek ni dan hasilnya memang membanggakan,yang baru-baru nak belajar buat kek pun boleh cuba resepi ni....Selamat Mencuba ^_^


Jus Mangga...Khasiatnya untuk kesihatan

Cara-cara nak buat jus mangga yang sedap

Bahan bahan :

- 2 buah Mangga
- 2 sendok gula (ikut citarasa)
- air secukupnya
- susu sesuai selera
- ais batu

Cara Membuat Jus Mangga :

1. Potong mangga yang telah dikupas
2. masukkan pada blender anda
3. masukkan gula
4. masukkan air serta susunya
5. lalu masukkan es batunya
6. Blender Hingga halus lalu tuangkan ke dalam gelas
7. jus mangga siap di nikmati.





 Berikut khasiat dan manfaat buah mangga bagi kesihatan ; (sumber : Khasiat Buah Mangga )

1. Buah mangga dapat Melancarkan pencernaan
Kandungan serat di dalam mangga dapat melancarkan pencernaan.

2. Buah mangga baik untuk kesehatan mata
Buah mangga memasok 25% vitamin A harian kita. Riset membuktikan bahwa mengkonsumsi buah mangga secara rutin dapat mengurangi resiko rabun senja.

3. Buah mangga dapat mengobati anemia
Buah mangga dapat mengobati anemia karena kandungan zat besi di dalam nya.

4. Buah mangga baik untuk kesehatan gigi dan gusi
Kandungan vitamin c dalam buah mangga baik untuk kesehatan gigi dan gusi.

5. Menurunkan Resiko Stroke dan mencegah penyakit jantung
Dengan mengonsumsi sebuah mangga, kecukupan kalium sebanyak 400 mg per hari dapat terpenuhi sehingga irama denyut jantung menjadi terkendali.
Kaliumnya juga berfungsi membantu tekanan darah menjadi stabil, dan secara pasti juga memberikan kontribusi terhadap penurunan risiko kena stroke.

6. Menangkal Radikal Bebas
Mangga memiliki sifat antioksidan berkat kandungan vitamin A, C, dan senyawa flavonoid. Dengan sifat antioksidannya ini, mangga dapat melindungi sel dari serangan radikal bebas.

khasiat buah mangga yang lain ;

- Buah mangga dapat meningkatkan daya ingat
- Buah mangga baik untuk kesehatan kulit
- Buah mangga dapat mengurangi resiko kanker
- Buah mangga menjaga kadar kolesterol di dalam tubuh
- Buah mangga baik untuk kesehatan tulang

Demikian manfaat dan khasiat buah mangga
*** semoga bermanfaat ***

Mangga Oh Mangga !!! wit resepi puding mangga

Assalamulaikum semua...
mesti hairan nape tajuk sy arini mangga kn....minggu lps sy ke pasar malam, tujuan sbnr nk beli mkn malam sbb mood M melanda, so jalan punya jalan...ternampak pakcik yg menjual mangga yg sy rasa sgt murah "3kilo RM10" hokey...!!! murah tu kalo masa sy di sabah,mmg tk mungkin dapat harga mangga yg murah camtu...






okey,resepi pertama mangga sy ialah puding mangga.


RESEPI PUDING MANGGA
BAHAN-BAHANNYA :-)

5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan (yg ni sy tk ltk)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...

Sunday, May 12, 2013

Resepi Ayam Dendeng Pandan

Selamat Hari Ibu utk semua sahabat yg berkunjung ke blog sy ^_^... Apa menu tghari ni? Ayam lagi ke? Dah tkder idea nk masak ayam apa? Jom cuba menu Ayam Dendeng Pandan ni,mmg sedap....kalau makan bertambah-tambah nasi, nk mkn ngn roti pn boleh juga...

Resepi Ayam Dendeng Pandan
Sumber : Sinar Kehidupanku dan Kak Ummi

Bahan:-Bahan.
  • 1 ekor ayam
  • sedikit kunyit serbuk dan garam utk goreng ayam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1-2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Ayam di potong 12, cuci bersih dan toskan. Gaul dngn sedikit garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  5. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  6. Masukkan ayam dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga ayam benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  7. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi ayam. Siap untuk dihidangkan.

Ayam Goreng Madu Sticky

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia....

Dh lama sgt tk update blog, sejak berpindah ni jadual harian mmg sibuk sehingga bulan ni baru dapat bernafas.Kerja mengemas rumah tk pernah habis
...ni pun masih banyak brg dlm kotak yang tk dikeluarkan.
Oklah tak nk celoteh panjang...kali ni sy nk share resepi ayam goreng madu sticky.


RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.