Sunday, June 3, 2012

Kek Lapis Pelangi

salam,
hujung minggu ni tkder aktiviti,nk jejalan pn dh malas,Bestnyer tgk byk org buat kenduri musim cuti sekolah ni....tp nasib badan duk di perantauan ni, nk gi rumah kenduri sedara-mara pn tkder...*mood : sedih jp teringat kampung ku....*

ok2,dh tk nk sedih2 k,arini ada byk resepi yg dh sy try tp tk sempat nk masukkn dlm blog,1st resepi,mcm biasa mestilah kek...jom kita cuba kek lapis sarawak,resepi ni sy amik dr Myresepi.
Masa duk di kudat dlu,ada seorg kakak dr sarawak yg ajar sy cara2 buat kek lapis ni,dia ni mmg pro la bab buat kek lapis ni,namanya Kak Nai ^_^
Mula-mula belajar berpeluh jg lerrr...mana tknya,lama btl di dapur,hampir 5 jam tp hasilnya mmg memuaskn.

ni resepinya ;

KEK LAPIS PELANGI
  • 10 Biji telur ayam
  • 1 gelas gula dikisar
  • 360gm mentega
  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 tin kecil kaya
  • 1/2 botol pandan paste
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 botol chocolate emulco
  • 2 camca besar stawberi filing dan sedikit pewarna merah
  • 2 camca besar ovellete
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Mentega & Gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. kemudian masukkan ovelete, kaya dan susu. Pukul hingga sebati
  4. Bahagi kepada 4 bahagian : a) masukkan pewarna kuning.
  5. b) masukkan chocolate emulco
  6. c) masukkan pandan paste
  7. masukkan strawberi filing dgn sedikit pewarna merah
  8. Alas loyang dgn kertas minyak dan di lenser dgn mentega sedikit.
  9. Bakar adunan warna kuning. Guna api atas & bawah. Biar bahagian atas kek warna keperangan.
  10. Kemudian masukkan adunan warna coklat, bakar seperti adunan kuning tadi cuma guna api atas sahaja. Diikuti warna merah dan hijau.
  11. Bakar hingga habis adunan. 



ni ada lg satu resepi kek lapis

 

KEK LAPIS HORLICKS

Bahan-bahan ( 9'X9'x5' )

  • 10biji telur ayam
  • 1 packet kecil horlicks
  • 1 tin sederhana susu pekat manis
  • 16oz@450g mentega
  • 1/2 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 sudu kecil essence vanilla
  • 1 sudu makan ovallette
  • 1 tin besar seri kaya

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula, ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang
  3. Campurkan semua bahan yang telah dipukul tadi spt mentega bersama gula serta telur.Pukul hingga kembang
  4. Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya, tepung, vanilla essence serta ovalette.
  5. Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh 10minit.
  6. Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian sama banyak, satu berwarna kuning dan satu lagi berwarna hijau.(boleh juga mengikut pilihan warna kesukaan masing masing)
  7. Untuk setiap lapis kek,setiap warna 2 senduk atau lebih setiap lapisan (lebih byk sukatan setiap senduk lebih tebal lapisan kek) dan kukus sekurang kurangnya 30minit (saya kukus 45minit) atau sehingga masak.
  8. kepada yang tak sanggup nak mengukus, boleh jugak bake, 15minutes every layer, temp 180 guna api atas saja


No comments:

Post a Comment