Sunday, June 10, 2012

KEK KEJU TIRAMISU

dh lama tk buat kek tiramisu ni,first time buat masa birthday hubby tahun lps bln ogos,mmg dh jd favourite dia kek ni...! yg ni gambar lama,br nk masuk n3.
so sempena Hari Bapa ni,sy buat kek favourite my hubby ni special kek keju tiramisu.sedikit info yg sy dapat dr pakcik google..hehe... Tiramisu dlm bahasa italy bermaksud gembiraknlah hatiku....



Kek Keju Tiramisu Simple (yg ni paste dr sini)
Sumber: umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...




No comments:

Post a Comment