Friday, June 29, 2012

Bubur Kacang Hijau dgn Durian

tk tahan betul tgk durian yg di jual kt tepi2 jalan lok kawi ni,sekali tersuruh husband berhenti.sebenarnya harga durian kt sabah ni agak mahal jika dibandingkan dgn kt semenanjung,terutama kg sy Perak :-) (mmg murah yong...!)

alang2 dh berhenti,beli la jg walaupn harganya Rm25 sekilo tu....! husband amik sebiji jer yg sederhana besar,berat dlm sekilo lbh,harganya RM37..huhuuu,berat kulit je lbh.walaupn isinya tk seberapa tp blh la lpskn kempunan nk mkn durian....:-(

semalam masa pergi bank,dkt tempat parking ada pulak makcik ni jual durian,yg kecil2 je sekilo RM6.kami pn beli la 3 biji,,hajat nk buat bubur kacang hijau campur ngn durian ni.

bila makan bubur ni rasa nk blk kg pulak....dulu2 masa zaman budak2,kalo mak buat bubur ni mesti makan ngan roti atau biskut tawar (yg bentuk 4 segi tu).mmg best la,makan ramai2 dgn semua adik beradik.pastu selalunya kalo mak buat mesti lebih...tugas kami adik beradik ni gi htr kat jiran2 kt2 rumah.
This is really unforgettable my childhood memories....!

Resepi Pulut Kuning

Resepi Pulut Kuning Mak Saya...

- 4 cawan beras pulut
- 4 cawan santan pekat (sy selalu guna santan kotak KARA)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- sedikit garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak 


sedap di makan dgn kari,rendang,sambal atau apa jua jenis masakn mengikut citarasa sendiri.

Kek Coklat Lagiiii... (Moist Chocolate Cake)

Assalamualaikum,
kepada peminat2 kek coklat,jom cuba resepi ni,kek coklat ni sy buat sempena birthday anak kedua sy yg dh berumur 3 tahun,disbbkn favourite kek dia kek coklat so buat lah lg....



Moist Chocolate cake (sy amik resepi dr blog CMG)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.
 hiasan kek adalh mengikut citarasa birthday boy,heheheee...coklat m&m yg colourful dan biskut love letters tu mmg favourite dia...mmg special la utk my super little hero....!

Wednesday, June 27, 2012

Kek Pisang Mudah

jom kongsi resepi yg mmg simple dan mudah jer nk buat, sesuai utk minum ptg2 nih...heheheee





Kek Pisang Mudah Jerrrr...

(amik resepi ni dr Myresepi.com)



Bahan-bahan

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Pai Ayam @ Chicken Pie

bila teringat chicken pie ni pasti teringat kt lagu chicken dance yg kini menjadi kegemaran anak2 ku,yg pasti mmg 100% tkder kena mengena dgn resepi atau tarian chicken ni...huahhuaaa..pening2...

ni kali pertama try resepi ala2 pai ni,sedap sgt kalo makan beramai2,mmg tk cukup...


macam biasa resepinya sy ambil dr MyR (Pai Ayam)



PAI AYAM ( 8 biji pie kecil )

  • DOH PIE :
  • 150gram butter
  • 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula halus
  • INTI PIE:
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
  • (*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
  • ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
  • 2 sudu minyak masak
  • (#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu besar sos tiram
  • (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara

CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
  1. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
  2. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
  3. masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
  4. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
  5. Sejukkan inti pie.
CARA-CARA MEMBUAT DOH
1.      Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
  1. Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
  2. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
  3. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
  4. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie

Apam Gula Hangus

Kali ni sy nk share resepi kuih muih tradisional pulak...al-maklum la dh dekat2 nk masuk bulan ramadan ni.
(pesanan penaja :-) jgn lupa ganti posa...heheee)


Resepi Apam Gula Hangus
(atau blh tgk kt cni ye potretkasih , Dapur Yatie dan sumber asal hazz-63 di MyR)

1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik…kukus dlm 15 minit.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Thursday, June 21, 2012

Non Baked Blueberry Cheesecake

minggu ni misi menghabiskan cheese kt dlm peti sejuk tu sblm cheese jd rosak....lps buat baked macaroni aritu jom kita cuba non baked cheese cake pulak.

resepinya sy ambil dr myresepi.com (oleh yani)




Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 80g Graham cracker/biskut digestive atau apa-apa biskut yg sesuai (sy guna biskut marie original)
  • 40g butter
  • 200g cream cheese
  • 30g gula halus
  • 1 biji kulit lemon
  • 4 sudu kecil madu
  • 60g plain yogurt
  • 70g fresh milk
  • 12g gelatin - cairkan dengan 3sb air suam
  • 125g fresh cream
  • 1 biji jus lemon
  • 6 sudu besar jem blueberry (yg ni sy gantikn dengan blueberry filling utk topping,tk campurkn dlm bancuhan)
  • 70g blueberry fruit (yg ni pn sy tk ltk)

Cara-cara

  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.
  2. Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.
  4. Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.
  5. Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.
  6. Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.
  7. Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yg telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.
  8. Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.
  9. Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.
  10. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. Masukkan pula adunan yg selebihnya.
  11. Simpan dalam peti ais sehingga beku.

sempat jg makan kek ni utk sahur...heheee...Alhamdullillah :-)

Sunday, June 17, 2012

BAKED MACARONI CHEESE ( FOR FATHER'S DAY)

Assalamualaikum....firstly nk wish happy father's day utk semua bapa2 kt dunia ni...huhu.
terutama skali suami sy,bapa sy dan bapa mertua sy....luv u all...!
dinner for tonight buat baked macaroni cheese..skali skala tukar selera western pulak,blh tahan jg le.




resepi ni sy google,jumpa resepi yg mmg simple dan senang mcm nama tuan punya resepi ltkkn.Easy Pasta Bake (resepi mutiarazura tgk kt sini)

Bahan-bahan ( 6 orang kot )

  • 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni) - sy buat separuh 250gram
  • 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)- sy guna 3 keping daging burger yg dihancurkan
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 labu bawang besar – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri- sy guna sos prego tradisional
  • 1 tin cendawan butang - dihiris
  • 1 biji lada benggala - didadu
  • 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
  • 1 batang carrot – didadu
  • 1 batang celery – didadu
  • 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
  • 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
  • Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan sos putih :
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)- sy guna 250ml susu segar utk separuh sukatan
  • Secubit lada hitam dan garam 

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Saturday, June 16, 2012

KEK LAPIS HORLICKS-MILO

Assalamualaikum...smlm lps tgk blog WELCOME TO RSR...trus je dtg mood rajin nk melapis.mmg best sgt blog ni semua resepi sgt2 menarik..:-)


kek lapis horlicks-milo ni sy buat ptg smlm tp tk sempat nk post cz dh lewat sgt,mlm pn busy pulak ngan hal anak-anak.hari ni baru ada kesempatan....kek ni sy buat separuh bancuhan jer...utk mkn2 sendiri je.

resepinya (blh tgk kt cni jg sini ye)

Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster ( blh gunakan 200 gm)240 gm tepung gandum (blh gunakan tepung Hong Kong)
200 gm Horlicks (blh gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo)1 tin susu pekat (397gm)

Cara:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo. Bakar selapis-selapis hingga selesai.

Thursday, June 14, 2012

Muffin Vanila Ala-ala Kenny Rogers

assalamualaikum.....jom cuba muffin pulak,yg ni resepi sy amik dr vanilla-muffin-ala-ala-kenny-rogers



MUFFIN VANILLA ALA-ALA KENNY ROGERS

BAHAN A
  • 4 cawan tepung( saya guna tepung naik sendiri)
  • 2 cawan gula(saya guna 11/2 cwn saja)
  • 4 tbsp baking powder 
BAHAN B
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla 
  • 8 tbsp mentega dicairkan
  • 2 cawan susu segar (saya guna brand Dutch Lady)

Bahan2 tambahan
  • *untuk hiasan dan inti ditengah2...keju cheddar yang telah diparut

Cara-Cara

1.Gaulkan kesemua bahan A hingga sebati.(Ayakkan tepung bersama baking powder sekurang2nya 3 kali, supaya sebati)
2.Satukan kesemua Bahan B.
3.masukkan bahan B kedalam bahan A. Jangan terlalu lama mengaul bahan2 tersebut.
4.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
5.Bakar selama 20minit/180C. 



sedap dan simple,sesuai untuk minum petang...hihi

Wednesday, June 13, 2012

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

kali ni sy nk kongsi resepi kek coklat kukus lapis cheese,resepi kek coklat kukus blh tgk kt cni sini,
dan lapis cheese sy ambil dr myresepi.com (tuntung15)



  • Bahan untuk lapisan cheese
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih(yg ni blh tkr dgn susu pekat manis)
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine 
 Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
 -kukus separuh bancuhan kek coklat apabila dh masak,keluarkn,kemudian tuangkn lapisan cheese,kukus lg hingga masak.
kukus lg separuh bancuhan yg tinggal hingga masak keseluruhannya.
-biarkn sejuk,blhlah hias mengikut citarasa sendiri....


Monday, June 11, 2012

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES (ASAM MANIS)

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES (ASAM MANIS)



sblm ni asyik cuba kek lapis bakar,so ari ni sy nk n3 resepi kek lapis kukus pulak,mmg sedap dn gebu.teksturnya pn lembut jer....mmg favourite anak2,ditambah pulak ngn kek yg berwarna warni,mmg membuka selera anak2.tp kali ni sy buat tk letak hawflakes cz stok kt rumah dh abis :-(
resepi ni sy ambil dr myresepi.com, (KAK FIDA)

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
  7. Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...
  8. Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.

Yong Tau Foo Sup Perantau

mood nk mkn hidangan tempat sendiri,nk cari kt cni mmg mustahil,so reka resepi sendiri dgn bahan2 yg blh didapati kt tempat sy ni...owhhh..nasib si perantau....

bahan-bahannya sy gi giant beli beberapa jenis fish kek,fish ball,crab ball,crabstick dan mcm lg ler...ntah tau namanyer..beli yg jenis timbang tu ye,blh campur2.dan jg bihun sepaket rendam dan celur dahulu ye.

BAHAN SUP : tumis bawang putih dan halia ngn minyak ckit,masukkn air dan kiub pati ayam.bila air mendidih,masuk semua bahan2 yg dibeli td,fish kek,fish ball dll.rebus hingga lembut,masukkn daun sup skali ye.

BAHAN UTK SOS : sos ni sy blaja dr seorg kakak kt rumah lama sy,kakak ni mmg buat bisnes jual kuih.so menuntut ckit ilmu dr dia...hehehe.bahan-bahannya:
-10 tangkai cili kering
-2 biji bwg putih
-3 sd besar cili sos
-sedikit gula melaka
-sedikit air asam jawa
-sedikit garam & gula (jika perlu)
cara membuatnya, kisar cili kering ngn bwg putih,masukkn dlm periuk,ltkkn sedikit air asam jawa.
dh mendidih ckit,masukkn gula melaka,cili sos,garam dan gula secukup rasa.
blh perasakn ikut citarasa sendiri ye.

taburkn sedikit kacang tanah yg di tumbuk.....



Sunday, June 10, 2012

KEK KEJU TIRAMISU

dh lama tk buat kek tiramisu ni,first time buat masa birthday hubby tahun lps bln ogos,mmg dh jd favourite dia kek ni...! yg ni gambar lama,br nk masuk n3.
so sempena Hari Bapa ni,sy buat kek favourite my hubby ni special kek keju tiramisu.sedikit info yg sy dapat dr pakcik google..hehe... Tiramisu dlm bahasa italy bermaksud gembiraknlah hatiku....



Kek Keju Tiramisu Simple (yg ni paste dr sini)
Sumber: umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...




Thursday, June 7, 2012

Cucur udang tembam resepi cik mat gebu

buat apa minum ptg ni?? teringin nk mkn cucur udang,semlm gi pasar byk udang besar2....slalu buat cucur udang mesti keras,lps google jumpa resepi cucur udang tembam kt link ni cucur udang tembam cik mat gebu
mmg sedap... :-)










ni sy copy paste resepi nya,

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi



apalagi....jom mkn,nyum2 mmg tembam cucur ni...sedap sgt....!

Tuesday, June 5, 2012

Homemade chocolate di musim cuti sekolah

assalamualaikum dan selamat pagi semua,
dh masuk minggu kedua cuti sekolah...sy dan family tk bercuti ke mana pn...en. suami sibuk bekerja.smlm sy dan anak2 buat homemade coklat,sy belajar buat dr my sweet story.

senang je rupanya, anak2 pn suka makan.cara nk buat beli coklat bar,tk kisah le jenama apapn,kalo nk sedap beli yg bagus mcm cadbury,kt kedai kek pn ada bykpilihan coklat compound ni.kalo nk ada colour beli warna putih pastu nanti ltk pewarna,atau ada jg jual coklat berperisa mcm strawberi ,oren, mint,dll.
cairkn guna double boiler,masukkn dlm acuan coklat tu,ltk separuh dlu.
simpan dlm peti ais,dh keras kuarkn.

ltk le kacang ke,kismis ke pastu tambah lg coklat cair bg penuh pastu simpan blk dlm peti ais..dh keras blh mkn..senang jer..hehehe

tp jgn bg anak2 mkn byk sgt ye,nanti rosak gigi...satu hari satu je tau...^_^




cawan besar yg posing ngn my homemade coklat tu hadiah mother's day yg lps,masa tu gi majlis sambutan hari ibu.semua yg hadir mlm tu tukar2 hadiah...sy dpt yg tu,cantik kn...i like...

Sunday, June 3, 2012

Kek Lapis Pelangi

salam,
hujung minggu ni tkder aktiviti,nk jejalan pn dh malas,Bestnyer tgk byk org buat kenduri musim cuti sekolah ni....tp nasib badan duk di perantauan ni, nk gi rumah kenduri sedara-mara pn tkder...*mood : sedih jp teringat kampung ku....*

ok2,dh tk nk sedih2 k,arini ada byk resepi yg dh sy try tp tk sempat nk masukkn dlm blog,1st resepi,mcm biasa mestilah kek...jom kita cuba kek lapis sarawak,resepi ni sy amik dr Myresepi.
Masa duk di kudat dlu,ada seorg kakak dr sarawak yg ajar sy cara2 buat kek lapis ni,dia ni mmg pro la bab buat kek lapis ni,namanya Kak Nai ^_^
Mula-mula belajar berpeluh jg lerrr...mana tknya,lama btl di dapur,hampir 5 jam tp hasilnya mmg memuaskn.

ni resepinya ;

KEK LAPIS PELANGI
  • 10 Biji telur ayam
  • 1 gelas gula dikisar
  • 360gm mentega
  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 tin kecil kaya
  • 1/2 botol pandan paste
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 botol chocolate emulco
  • 2 camca besar stawberi filing dan sedikit pewarna merah
  • 2 camca besar ovellete
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Mentega & Gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. kemudian masukkan ovelete, kaya dan susu. Pukul hingga sebati
  4. Bahagi kepada 4 bahagian : a) masukkan pewarna kuning.
  5. b) masukkan chocolate emulco
  6. c) masukkan pandan paste
  7. masukkan strawberi filing dgn sedikit pewarna merah
  8. Alas loyang dgn kertas minyak dan di lenser dgn mentega sedikit.
  9. Bakar adunan warna kuning. Guna api atas & bawah. Biar bahagian atas kek warna keperangan.
  10. Kemudian masukkan adunan warna coklat, bakar seperti adunan kuning tadi cuma guna api atas sahaja. Diikuti warna merah dan hijau.
  11. Bakar hingga habis adunan. 



ni ada lg satu resepi kek lapis

 

KEK LAPIS HORLICKS

Bahan-bahan ( 9'X9'x5' )

  • 10biji telur ayam
  • 1 packet kecil horlicks
  • 1 tin sederhana susu pekat manis
  • 16oz@450g mentega
  • 1/2 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 sudu kecil essence vanilla
  • 1 sudu makan ovallette
  • 1 tin besar seri kaya

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula, ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang
  3. Campurkan semua bahan yang telah dipukul tadi spt mentega bersama gula serta telur.Pukul hingga kembang
  4. Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya, tepung, vanilla essence serta ovalette.
  5. Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh 10minit.
  6. Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian sama banyak, satu berwarna kuning dan satu lagi berwarna hijau.(boleh juga mengikut pilihan warna kesukaan masing masing)
  7. Untuk setiap lapis kek,setiap warna 2 senduk atau lebih setiap lapisan (lebih byk sukatan setiap senduk lebih tebal lapisan kek) dan kukus sekurang kurangnya 30minit (saya kukus 45minit) atau sehingga masak.
  8. kepada yang tak sanggup nak mengukus, boleh jugak bake, 15minutes every layer, temp 180 guna api atas saja


MARBLE CHEESE BROWNIES  - copy dari Fotopages Kak Rinn Cyan
Bahan-bahan Brownies :
250g butter ( ros guna hanya 150gram butter)
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B ( ros guna 2 biji telur)
1 1/2 cwn gula castor ( ros guna 1 cawan gula)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor ( ros guna 3/4 cawan gula sahaja)
1 biji telur gred B

( ros tambahkan 50ml whipping crema ( nama cream) dalam adunan lapisan cheese tu.
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 





yg sy buat ni garing ckit cheese kt atas cz tk tgk2 semasa tgh baking,apapn mmg sedap,kombinasi yg sgt2 menyelerakn dan mengemukkn...huahua...