Wednesday, June 27, 2012

Apam Gula Hangus

Kali ni sy nk share resepi kuih muih tradisional pulak...al-maklum la dh dekat2 nk masuk bulan ramadan ni.
(pesanan penaja :-) jgn lupa ganti posa...heheee)


Resepi Apam Gula Hangus
(atau blh tgk kt cni ye potretkasih , Dapur Yatie dan sumber asal hazz-63 di MyR)

1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik…kukus dlm 15 minit.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

No comments:

Post a Comment