Friday, May 17, 2013

Kuih Keria untuk juadah petang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Firstly nk bgtau kt semua yg sedang baca blog sy ni, laptop sy ada masalah dgn huruf M, setiap kali sy tekan key "M" kluar berderet-deret huruf tu........ sy pn cuba membaikinya sendiri dengan mencungkil pad "M" tu dan keluarkan habuk-habuk yg melekat,harap-harap tkder la typing error MMMMMMM hokeh.
Kalo ternampak M berdouble tu,sila ABAIKAN ye..thanks,huaaawahhh

Apa menu ptg kawan-kawan hari ni? Sy menunaikan permintaan anak dara sy yg nk makan kuih keria a.k.a kuih gelang. Resepi tradisional yg sgt simple dan mmg memikat selera petang, sambil makan-makan minum bersama air teh yg manis-manis buah,Alhamdullilah nikmatnya.....






Bahan-Bahan (Kredit : KUIH KERIA KAK YATIE )


  • 500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
  • 1 cawan gula-
  • 1/2 cawan air
Cara-Caranya
  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

No comments:

Post a Comment