Sunday, May 6, 2012

Apam Polka Dot (Apam Dot Dot)

hye...! arini sy nk kongsi resepi apam polka dot yg blh dijadikan side income...^_^
sesapa yg berminat nak buat bisnes blh cuba resepi ni,mmg mudah dan mendapatkan sambutan masa kini.
sesuai jg nk dijadikn gift sempena birthday,perkahwinan atau kenduri2....

sy pn dh cuba buat bisnes apam polka dot ni...mmg menguntungkan.

resepi ni saya amik dari myresepi,

APAM POLKA DOT

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

 Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

 

 

yg ni sy pack 50biji,harga utk 100 biji RM30...


versi orange ngn strawberry....(yg tk brp nk jd.... :-p)
next time nk cuba versi angry bird pulak...tp blh ke? nanti kita cuba k.

No comments:

Post a Comment