Wednesday, November 7, 2012

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE

Assalamualaikum...

Hari ni baru je selesai majlis penyampaian hadiah dan sijil di tabika puteri sulungku.Alhamdullilah,pencapaian yg cemerlang,semoga anakku akn terus menjadi anak yg cemerlang dlm pelajaran dan jg agama,di dunia dan akhirat...Amin.

Namun sy ttp hairan kenapa masih ada ibubapa yg menanggap pembelajaran anak2 di peringkat tadika adalah perkara yg tk perlu dirisau,septt diperingkat awal nilah anak2 ptt di didik ttg akn kepentingan pendidikan,pembelajaran dan persekolahan.Pd pendapat sy,mendidik anak2 zaman kini mmg sgt jauh berbeza dgn zaman kita dahulu,pelbagai cabaran yg perlu dipikirkn,semoga sama2 kita fikirkan...

Sempat jg sy menyiapkan tempahan 2 biji kek birthday olh cikgu tabika si kakak utk anak2 murid, cikgu yg sgt penyayang dan prihatin terhadap anak murid :-)


Sblm tu sempat jg sy menghabiskan stok cream cheese yg dibeli aritu sblm hari raya aidiladha...ingat tk snow cheese cake sy buat utk hidangan Aidiladha klik kat sini, ada lg baki separuh sy buat kek coklat kukus lapis cream cheese.

Sumber : Blog CMG



KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
  2. UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
  3. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 
  4. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.


No comments:

Post a Comment