Monday, October 29, 2012

Snow Cheese Cake...menu Aidiladha

Assalamualaikum,

rasanya belum terlambat utk sy ucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kpd semua yg sedang membaca blog sy ni...hehehe..

seperti tahun2 yg lps sy beraya di perantauan (sabah jer...tkder la oversea sgtttt) anyway,pelbagai menu yg disediakn,laksa,ketupat,lemang yg dimasak tepi jln (beli jer), rendang ayam,kuah kacang dan utk pemanis mulut sy buat snow cheese cake dan puding
susu buah peach.



Jom tgk resepi Snow Cheese Cake yg sy amik dr HaSue


  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


No comments:

Post a Comment