Friday, October 19, 2012

Resepi Apam Marmar @ apam pelangi

Assalamulaikum,

Alhamdullilah, hari ni Allah turunkn hujan rahmat di petang jumaat,niat utk menghadiri Majlis bacaan yasin tk dapat ditunaikan kerana si kecil yg sedang tidur enggan bangun tido w.pn dh berkali-kali di kejutkn...
Kesian pulak,kalo dipaksa nanti meragam pulak,tk dapatlah sy nk ke majlis tersebut...sayangnyer....:-(


Sempat jg sy menyiapkan Apam Marmar ni,tp tk kesampaian utk dibawa ke majlis tersbt, apa2 pn mungkin bkn rezeki sy kali ni,InsyaAllah lainkali.

Resepi ni mmg mudah,semua bahan confirm dh ada kt rumah so tk perlu la susah2 gi kedai lg kn...?

Resepi asal amik dr sini ye Mat Gebu @ myresepi.com



Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
  • 250 g tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
1.     Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2.     Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
3.     Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4.     Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
5.     Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. 

 

Peringatan ye,tunggu sejuk baru potong..kalo tidak begini le jadinya...huhu...
Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment