Friday, October 19, 2012

Niat untuk Membuat Lasik (Lasik Surgery)

Assalamualaikum,
kali ni sy nk berceloteh sikit dan berkongsi sedikit info tentang Lasik Surgery.

Sy mula memakai spec ketika berumur 12 tahun,ketika tu sy selalu je menghadapi masalah tk nampak tulisan cikgu di blackboard...huhu..mmg sedih,selalu je merayu pada cikgu supaya sy dapat duduk di tempat duduk depan...(tk sedar diri badan tu agak besar,hahaaaa).

Sehinggalah pd suatu hari,ada nurse yg dtg ke sekolah utk melakukan pemeriksaan kesihatan,sy didpt ada masalah rabun jauh.Sy pn pergilah membuat spec yg ketika tu power sy hanya 60.Sy hanya memakai ketika waktu blaja,malu pulak rasanya...entah kenapa....? *_^

Apabila tingkatan 1,sy ditawarkan masuk ke asrama...disbbkn jadual di asrama sgt ketat dan padat,jam 11 semua lampu akn ditutup...budak rajin mcm sy selalu je curi2 doing some extra prep. gunakn lampu koridor...huahuahuaaa...dlm tempoh 3 tahun di asrama,power mata sy meningkat kpd 300.

Sehingga sy menyambung pengajian ke peringkat universiti dan kini....power spec sy 500 ++.mmg sukar dipercayai kerana ianya berlaku tanpa disedari....:-(
Sy jg mengamalkn pemakaian contact lens,utk kesihatan dan keselesaaan stlh bergelar isteri dan ibu ni.

Sejak akhir2 ni niat sy utk membuat lasik semakin membuak2....khamis lps br sj sy menonton Dr Muhaya di WHI di TV3...mmg menakjubkan lasik surgery ni.Ada sedikit info ttg lasik yg sy dapati dr google



Apa itu Lasik Surgery? (Maklumat dari Prof. Dr. Muhaya Mohd)
 
Untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat juga boleh buat lasik.

Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai. Sila sms saja hp 0122517796 atau 0163873282 ( panggilan tidak diterima) atau call 0321600332. Jika power kurang dari 800 boleh terus datang buat full screening dan plan hari apa nak buat prosidur.

Masa sms beri umur, power dan hari akan buat pemeriksaan penuh yang memakan masa 4 jam dan hari nak buat prosidur yang memakan masa 15 minit dan boleh pulang terus atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam. MC diberi pada hari pemeriksaan dan hari prosidur.

Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Harga 6990 premium lasik kedua mata ( umur bawah 40) dan 7990 laser blended vision untuk umur 40 keatas.

Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.

Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest free lasik di prince court. EPF dan ansuran tidak boleh dilakukan
Inilah sedikit info ttg apa itu pembedahan lasik,InsyaAllah kita bersambung lg nanti....Doakan mission sy nk membuat lasik tercapai yea....Amin

No comments:

Post a Comment