Monday, October 29, 2012

Puding Susu Buah Peach...desert utk Hidangan Aidiladha...

Menu desert sy yg kedua adalah Puding Susu Buah Peach,sebenarnya buah peach dalam tin tu sy dpt dlm hamper cabutan bertuah semasa sy join ladies nite di Kudat aritu.Mmg tk tau nk buat apa ngn buah peach tu sbb slalunya sy beli buahan dlm tin laici @ fruit cocktail...tp kali ni dpt peach,so sy google le mencari resepi yg sesuai.Sy gunakn separuh buah peach ni utk buat puding triffle dan separuh lg sy buat puding susu buah peach ni utk desert hidanga Aidiladha.



Resepi simple ni sy amik dr dapurmoden.blogspot


Bahan

1 tin buah peach (sy gunakan 1/2 tin je,potong dadu)
500 ml air
500 ml susu cair atau susu segar
1/2 cawan gula (boleh di kurangkan kalau tak nak manis)
1 paket agar2 serbuk - 12 g
1 1/2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air - jadikan pes
sedikit esen vanilla dan pewarna kuning

Cara Binaan :-

1. Masak serbuk agar2 bersama air, gula dan air sirap buah peach tadi hingga gula larut dan agak mendidih di atas api perlahan.
2. Masukkan susu cair/segar dan kacau lagi hingga agak mendidih.
3. Masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning dan kacau.
4. masukkan pes tepung jagung dan kacau hingga agak pekat.

5. Akhir sekali,masukkan buah peach yg dipotong dadu td,kacau sekejap
6. Angkat dan tuang dalam acuan dan sejukkan sebelum di hidang

No comments:

Post a Comment