Saturday, November 10, 2012

SLICE CHEESE CAKE

Assalamualaikum,

baru je abis kek coklat kukus lapis cream cheese,arini jom menambahkn lelemakss lg...hihiii. Kali ni sy nk share resepi cheese cake yg mmg gebu dan sedap,rasa chesee pn sedang2 je dgn kemanisan kek yg tk keterlaluan.Mmg tk jemu le mkn,anak2 pn suka....
Kek ni hanya menggunakan slice cheese,tk payah guna cream cheese.Tapi sy gunakan keju cheddar yg sy parut halus2.
Hiasan ada pilihan anak lelaki sy yg sgt2 suka kek yg berwarna green...so sy marble kn dgn perisa pandan.









SLICE CHEESE CAKE
sumber :
Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

4-5 keping slice cheese - sy guna cheddar cheese yg diparut halus 100gram
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M - sy guna saiz A
beberapa titik esen vanila

 

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
(bahagi dua utk buat marble perasa apa2 pn blh, 1 stgh st perasa)
(kalo nk buat coklat just tukar susu fresh milk coklat)
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi 


2 comments:

  1. rajin betullah lini ni, setiap minggu buat kek. terliur adik tgk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeq,fulltime housewife...biasaler...:-) minat pn sama...

      Delete