Tuesday, December 18, 2012

Durian oh durian...Durian Crepe

Alhamdullilah,kami sekeluarga br je pulang bercuti di kampung,dh 3hari berada di sabah....Actually, bknlah bercuti sgt cuma ambil kesempatan En.Hubby yg menghadiri persidangan selama seminggu di Alor Star.

So, sempena cuti skolah ni,dptlah peluang blk kg cuma family yg dirindui...hehehee.Yang paling seronok tentunya musin buah-buahan terutamanya raja segala buah...DURIAN !!!

Selain sedap makan begitu shj, durian ni pn sedap jg dimasukkn dlm pelbagai masakan.Antara yg tgh popular skrg ni Durian Crepe.Sy pn amik kesempatan nk mencuba...





Resepinya ada pelbagai,

sy cuba resepi yg ni,




Bahan-bahan (sumber : cahaya cintaku)
50 gram tepung gandum
1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning
1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor
3 sudu teh/kecil butter
160 ml air
40 ml susu cair (sy guna fresh milk,blh jg guna santan)
2 sudu besar gula halus



CARA CARA

Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan susu+air (santan) sedikit sedikit untuk mengelakkan ianye berketol. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Tak tapis pun takpe eiihhh.
Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje. Masukkan sesenduk dan ratekan menggunakan belakang senduk @ lenggangkan kuali.
Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan.
Ulang hingga adunan habis di masak.


No comments:

Post a Comment