Monday, October 29, 2012

Kek Swiss Roll (Kek Gulung)

Assalamualaikum,

nk masukkn resepi lama tp tk sempat nk n3,tiba2 je seronok mencuba resepi kek gulung2 ni....
 lets rolling n rolling....:-)



ok,aritu sy dh share resepi kek gulung kasih kan...? kali ni sy cuba resepi lain pulak.
Resipi asal menggunakan satu jer loyang kek roll berukuran 14" x 14". Oleh krn saya takde, saya gunakan 2 loyang berukuran 10" x 10".

satu lg bancuhan sy tambah setgh sudu besar pandan paste,so jdlah kek swiss roll pandan.




Kek Gulung
(sumber: ahpek, Forum Cari)


Bahan-Bahan


6 biji telur gred A

4 oz gula castor/112gram
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovalet
3 oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4 oz mentega (dicairkan)
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya



Cara


1. Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum (Top) dan susu tpg dipukul dgn kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).


2. Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 cwn) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.


3. Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20minit dgn suhu 170 darjah celcius.


4. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella/ buttercream sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan2 sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.

Utk kek swiss roll kali ni sy gunakan buttercream,
resepinya :

Bahan-bahan :
500g creamwell
250g gula icing
50g butter @ marjerin

Cara membuatnya:
Ayak gula icing.
Satukan  semua bahan 
Pukul sehingga kembang


Nota :
Sewaktu membakar, kalau masa membakarnya kurang tepat (atau ckp senangnya 'tak cukup masak' walaupun kek nampak cantik, tapi setelah menggulungnya, bila dibuka semula dari kertas tracing tu, 'kulit' kek akan terkopek dan akan mencacatkan kek anda. Ini berlaku sedikit pada kek roll pertama yg saya buat. Harap maklum ya.



 

2 comments: