Sunday, April 20, 2014

Jom belajar buat kuih tako pandan

Assalamualaikum...

Menu apa petang ni...jom kita ke dapur belajar buat kuih tako pandan. Sebenarnya saya pun baru je belajar itupun melalui online jer...jadila kan..huk3

Saya jumpa cara paling mudah nak belajar dan senang fahamdari blog favourite sy www.azlitamasammanis.com

Mula-mula jom kita belajar cara buat kotak-kotak comel dlu ye



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • daun pandan yang lebar-lebar yea (cuci dan keringkan)
  • gunting
  • pembaris
  • stapler
Satu helai daun pandan utk satu kotak tau.
Mula2 kita ukur dulu daun pandan tu. Kita perlukan 10 inci panjang. Ukur dari bahagian ujung tapi, yang lebar. Jangan ambil dari pangkal kerana bahagian pangkal agak keras.
Potong Daun pandan tu sepanjang 10 inci.
Tandakan pada setiap 2 inci.
Kemudian kita lipat pada setiap 2 inci tadi

Potong setiap garisan lipatan tapi 1/2 daun aje, iaitu sampai ke urat tengah dia.
Pada bahagian yang hujung pula potong dan buangkan 1/2 daripada petak tersebut.
Kemudian lipat ia untuk membentuk kotak.

Tapak dia pula di selang selikan macam kita buat tikar.
Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
Dah siap....mudah je kan...

Jom kita buat adunan kuih pulak

Sumber : azlitamasammanis

KUIH TAKO



Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau 
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas 
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

No comments:

Post a Comment