Thursday, February 20, 2014

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE FOR OUR ANNIVERSARY

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia utk semua sahabat,

Setelah sekian lama tidak update blog, hari ni sy berpeluang utk masukkn satu resepi istimewa sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke 9 ^_^
Sekian lama menyepi bukan sebab tkder resepi baru yg ingin dikongsikan tp disebabkan kekangan masa dan beberapa masalah lain sejak berpindah ke semenanjung ni. Apapun blog ni tetap a part of my life, memang rindu sangat nk menaip dan memasukkn resepi yg istimewa....

Dari minggu lps sy asyik tercari-cari kek istimewa yg sesuai utk anniversary kami, at last sy terjumpa kt blog kegemaran sy Kak Ita Masam Manis.

Ni kek yg dh siap ngan decoration....sy pilih kek berwarna putih melambangkan kesucian hubungan kami, putih bersih dan love merah menyala kt tgh2 tu lambang cinta hati kami...heheee

RESEPI CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE
Resepi Asal : Chocolate Orange Roulade Torte
By : Chef Alex Goh
Sumber : azlitamasammanis chocolate bluberry roulade torte

ORANGE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
 4 biji putih telur
100 gm gula castor
 100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
Keluarkan kek dari loyang setelah masak
Buangkan lapisan atas kek yang berkerak


Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4 cm
Sapukan ganache ~ rujuk resepi
Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap

Sekarang kita sediakan Chocolate Sponge Cake

 CHOCOLATE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk

Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.
Sekarang kita sediakan topping.

Untuk kek ni, Kak Ita Masam Manis gunakan Stabilised Whipped Cream, sy pun sama.Sila rujuk resepi dariYouTube

STABILISED WHIPPED CREAM

2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan

Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi




Untuk piping gel yang yang berbentuk hati tu, ni resepinya....


1/3 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan jus lemon
1 sudu besar tepung jagung
Cara
Campurkan semua bahan, masak dengan api perlahan sehingga pekat dan jernih berkilat, sejukkan sebelum digunakan . Campurkan sedikit pewarna yang diingini mengikut kuantiti yang diperlukan. Tahan selama seminggu.

yang ni gel selepas ni warnakan merah.....


CHOCOLATE GANACHE
300 gm coklat masakan
150 gm whipping cream
15 gm mentega

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler ~ letakkan bekas coklat atas periuk yang berisi air mendidih
Dalam bekas lain panaskan whipping cream hingga hampir mendidih
Kemudian tuangkan dalam coklat tadi
Tambahkan mentega dan gaul rata
Biarkan sejuk sekurang-kurangnya 24 jam






No comments:

Post a Comment