Monday, July 16, 2012

Pizza Mudah

Resepi Pizza ni mmg mudah, masa mula2 duduk di kudat tkder Pizza Hut atau restoran @ cafe yg jual pizza,memandangkn sy dan suami mmg peminat dan pemakan pizza, slalulah sy buat pizza ni sbb mmg mudah dan sedap....resepi pizza ni pn sy amik dr MyResepi.



PIZZA MUDAH

UNTUK MEMBUAT DOH:
500gm tepung gandum
11gm yis segera (selalunya yis satu peket memang 11 gm)
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu mkn marjerin ( tak dak marjerin kat rumah, Yatie guna butter)
1 cawan air suam (mesti suam fungsinya untuk mengaktifkan yis)
1/2 cawan minyak

CARA-CARA:
Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut. Bagi sesiapa yang ada mesin pembuat roti senang. Masukkan semua & putar. Bagi yang tak ada tu, uli jangan tak uli. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Ketepikan adunan & pastikan ditutup dengan kain lembab. Biarkan sehingga adunan naik 2x ganda.
Setelah adunan naik, tumbuk-tumbukkan adunan supaya keluar angin. Rasa-rasa kalau ada geram atau marah kat sesiapa, inilah masanya.
Bahagikan adunan kepada ketulan-ketulan. Ini kena ikut saiz yang diingini. Bulat-bulatkan ia dan canai menjadi leper
Biarkan doh selama 10 minit barulah dibakar dalam oven 190C (kalau oven saya) selama 10 minit.
Keluarkan,sapukan dgn tomato puri @ sos tomato pn blh.
Pastu taburkan inti-inti mengikut selera masing-masing. disini sy ltk cili benggala,bwg besar,sosej,daging kisar, jejari ketam dan jgn lupa ltkkn cheese ye….nyummmm


yg ni sy buat semasa Anniversary sy yg ke-7...mmg sedap....
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment