Thursday, October 9, 2014

Resepi Rainbow Cake Roll

Assalamualikum,

Hari ni nk buat fast entry sbb diri ini tk berapa sihat...selsema dan sakit tekak melanda.Namun masih sempat buat rainbow cake roll ni utk anak2 makan petang.

Resepinya (blh klik sini )

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, kemudian warnakan ikut tema rainbow
  5. Tuangkan adunan berselang seli (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 



Selamat Mencuba yea....:-)

No comments:

Post a Comment