Thursday, August 9, 2012

Nostalgia Laksam Sedap Arwah Kak Noor


Assalamualaikum....
ada sesiapa dikalangan pembaca blog sy ni yg minat laksa?? kalo minat laksa mesti minat laksam jg kn..hehehe...



Sebenarnya sejak sy dilahirkan,sy dibesarkn di kawasan perumahan polis (sbb bapa sy seorg anggota polis),mmg seronok ler duk ramai2 dlm kawasan yg blh dikatakan hampir 100% selamat dr jenayah ni :-)
InsyaAllah...
Selain tu ramai anggota polis ni berasal dr pelbagai negeri di seluruh Malaysia,mmg best,blh blaja mcm2 loghat,mcm2 adat tradisi dan paling best pelbagai jenis mkanan yg baru kita dpt rasa...

Kalo tk silap sy,masa darjah 4 kut,ada seorg makcik ni org Terengganu,dia yg bg kami sekeluarga rasa laksam yg dia buat utk berniaga,lepas sy mkn terus jatuh minat kt laksam ni....
Lps dr tu jarang sy dpt mkn laksam ni,selalunya laksa mmg mudah didpti kt Ipoh,tp laksam ssh ckit nk cari.

Sehinggalah sy berkahwin,pn masih tinggal di kawasan perumahan polis,kebetulan jiran sy seorg sarjan yg pernah ditugaskn di kelantan, arwah isterinya sgt pandai memasak,termaksuklah masak laksam yg sedap ni...
Sygnya sy dh tkdpt merasa laksam air tangan arwah.Beliau tlh meninggal dunia sewaktu sy berada di kg utk melahirkn anak kedua,mmg sedih sgt tk dpt melihat wajah arwah buat kali terakhir.Alhamdullilah sy sempat berjumpa beliau seblm bertolak ke kg.Beliau dh lama menanggung sakit dan sering berulang alik ke hospital.
Semoga arwah ditempatkn di kalangan org beriman,Amin...

Oklah,cukup cerita sedih sy ni...jom kita kongsi resepi laksam yg sempat sy blaja dr arwah...tp utk lbh tepat lg resepinya blh tgk kt MyResepi ye :


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis 
ni gambar laksam yg dh di potong2 kn.
  1. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  2. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau 
Sesiapa yg blum pernah buat sendiri,mesti cuba cz mmg senang sgt buat laksam ni,tk ler ssh mcm yg sy sangka sblm ni..hihi
Selamat Mencuba ye !



1 comment:

  1. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete