cuaca kt tempat sy yg tk menentu minggu ni mnybbkn semua aktiviti terhad dan jg en hubby yg masih outstation...aktiviti mengambil tempahan kek pn turut terbantut....hehehe..
Dari kelmarin putera kesayangan ku demam,batuk,selsema....kasihan btl anak ibu ni,dh ler ssh nk mkn ubat,ikut mood dan ikut jenis ubat,kalo yg manis2 tu dia nk...lambat le sembuh camni...!
Smlm si kecik tu minta muffin for breakfast,sy pn kelam kabut le buat slps hantar kakaknya ke sekolah trus masuk dapur mem'baking',siap request nk muffin warna-warni tu....
Alhamdullilah,lps siap trus si kecil mkn dgn seleranya w/pn badan kurang sihat,terharu btl tgk si kecil ni demam cz slalunya dialah yg paling aktif kt rmh ni.tk pandai duduk diam,ada je yg nk dibuatnya....
Ya Allah,Moga anakku cepat sembuh,Amin....
Resepi Muffin ni sy ambil dr blog ni http://resipicitarasawan.blogspot.com
Tie Dye Muffin
Bahan-bahan:
250gm tepung self raising
30gm tepung jagung
20gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
125gm gula
150ml susu cair
100ml mentega cair
pewarna hijau,kuning,biru dan kuning
Cara-cara
1. Ayak bersama tepung self raising,tepung jagung,susu tepung dan baking powder
2. Pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkn tepung sedikit2 selang seli dengan susu cair.
3. Kemudian masukkan mentega cair,gaul hingga rata gunakn senduk kayu.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakn
5. Masukkan adunan berlainan warnaberselang seli memenuhi 3/4 cawan kertas
6. Bakar pada suhu 200c selama 20minint atau hingga masak
ok,skrg nk share ckit informasi yg sy dpt kt blog ni http://fiedafrieda.blogspot.com
Perbezaan Muffin dan Cupcake
PERBEZAAN 1
yang
jelas dan senang untuk difahami ialah CUPCAKES mempunyai frosting
(icing) manakala MUFFIN tidak. Biasanya MUFFIN adalah lebih berkhasiat
dan disediakan untuk makan pagi /breakfast berbanding CUPCAKES yang
disediakan untuk majlis keraian tertentu seperti majlis
kahwin/tunang/akikah.
PERBEZAAN 2
cara penyediaan muffin adalah berbeza dengan cupcakes;
MUFFIN
1) cara penyediaan MUFFIN adalah lebih kurang sama seperti membuat biskut.;
campurkan
bahan kering dahulu baru sebatikan dengan bahan basah. Sebatikan dengan
hanya menggunakan spatula shaja sudah memadai.-jgn over mix kerana
boleh menghasilkan gluten dan rongga udara.
2) MUFFIN dibakar dengan suhu tinggi 180c-200c (20-25min) bergantung kepada saiz muffin.
CUPCAKES
1)cara penyediaan CUPCAKES adalah sama seperti penyediaan membuat kek.
butter/marjerin
dipukul sebati sebelum dimasukkan gula (dipukul supaya udara &
lemak bergabung , kemudian baru masukkan telur , tepung, serbuk penaik
dan sestengah ditambahkan susu).
2) CUPCAKES dibakar dengan suhu seperti penyediaan kek-180c (20-25min).
PERBEZAAN 3
ADUNAN MUFFIN & CUPCAKES;
MUFFIN
Perbezaan
yang ketara bagi MUFFIN ialah tekstur adunan adalah lebih keras &
crumble . Jika diperhatikan adunan muffin akan menggunakan lebih partisi
tepung dan hanya sedikit telur digunakan. (biasanya untuk satu adunan
hanya 1 biji telur digunakan). Kebiasaannya muffin akan ditambahkan
dengan buah kering seperi kismis /badam/kekacang / choc chip. Tekstur
MUFFIN yang kasar menggunakan gula kasar dan bukan gula halus seperti
penyediaan kek . MUFFIN dikategorikan sebagai lebih berat & padat
berbanding CUPCAKES. LEBIH BANYAK TEPUNG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN
MUFFIN YANG CEPAT & MUDAH.
CUPCAKES
Cupcakes
mempunyai tekstur adunan yang lebih soft & moist berbanding dengan
MUFFIN. istilah gebu biasanya mengikut kepada partisi telur , tepung
& susu yang digunakan dalam adunan CUPCAKES. seringkali org
menggunakan kaedah pembuatan kek untuk menghasilkan MUFFIN. yang
ternyata kalau asalnya resepi, muffin adalah lebih keras & padat.
CUPCAKES have less denser rather than MUFFIN.
KESIMPULANNYA;
a CUPCAKES is like a cake,
while a MUFFIN is like a BREAD.
while a MUFFIN is like a BREAD.
(PUTERA PUTERI KESAYANGAN KU)
No comments:
Post a Comment