Alhamdullilah,baru2 ni tabika kemas c kakak mengadakan lawatan sambil belajar ke Rumah Terbalik (upside down house) yg terletak di tamparuli,sabah.Perjalanan lebih kurang 1 jam dr tadika...
So,kami sekeluarga mengambil kesempatan utk ikut serta lawatan tu,mmg excited cz selama lbh kurang 7 tahun duk di sabah ni,blum berkesempatan nk pegi w/pn tempat tersebut baru di buka.
Kakak bergambar dengan rumah terbalik...(kt tangan mkn lolipop,ohhhmy dearest ^_^)
Harga tiket utk dewasa RM10, kanak-kanak bawah 12 tahun RM5 dan bawah 3 tahun free ye :-)
Olh sbb kami ikut rombongan,kami diberi diskaun RM5 utk dewasa.
Menurut sumber, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan menelan kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yap dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.
Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan perhiasan dindingnya.
Perjalanan selama 20-40 minit dari Kota Kinabalu ke Tamparuli, terletak di tepi jalan utama ke Kundasang, Ranau dan ianya berdekatan dengan SMK Tamparuli.
Sesiap yg berminat nk pergi boleh menghubungi:
Telefon : 088260263
Email: sales@trekkerslodge.com
Gambar Ihsan dr pakcik google or link di sini
No comments:
Post a Comment