Sunday, October 21, 2012

Roti Jala utk Sarapan Pagi

Assalamualaikum,

cuti hujung minggu nk ke mana ye? sy menghabiskan masa di rumah jer....skrg ni musim hujan,mmg ssh ckit nk merancang xtiviti luar,apapn xtiviti di rumah pn byk jg,selain mengemas rumah,tgk tv...jom update blog anda kay....hihi..

pagi td sy sempat membuat roti jala utk sarapan pagi.Slalunya sy dan anak2 suka mkn roti jala ni dgn kari sardin..terpulang pd citarasa masing2,kari ayam,kari daging,kari kambing,sambal tumis dan semuanya blh asalkn kena dgn selera masing2 kn...

resepi ni dr myresepi.com



Roti jala
  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam
  • lain-lain: acuan roti jala, kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya. 
  • untuk Kari Ayam pulak:
  • 7 ketul ayam (dibersihkan dan dibasuh dengan tepung gandum)
  • 4 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • sejemput asam jawa
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu lada boh
  • 1 biji kentang
  • 1 btg lada hidup
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 cawan minyak untuk menumis
  • sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
  2. Tapis adunan tadi.
  3. Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
  4. Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan.
  5. Ulang langkah2 tadi hingga habis adunan. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam.
  6. Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dah ditumbuk.
  7. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit... kacau sebentar dan masukkan ayam.
  8. Masukkan santan, kentang, lada hidup, kayu kayan tadi & garam secukup rasa. Tunggu mendidih dan sedia. 
ni contoh gambar yg digunakan utk menjala...hihi.kalo guna yg botol tu sy rasa lbh mudah kerana tk comot dan senang....hehe.Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment