Thursday, December 27, 2012

PUDING ROTI COKLAT PANDAN

Assalamualaikum dan selamat petang,

apa menu petang anda,ada tk roti yang dh nk dekat-dekat tarikh expired kt dapur tu?? tp tk abis makan la atau rasa2nya tak sempat nk makan abis sblm tarikh tersebut,jom cuba resepi puding roti ni.
Puding ni lebih kurang macam puding roti marble yang pernah saya masukkn dlm entri seblm ni,cuma yg ni kita ubah selera dan rupa ckit...:-)

 resepinya,

BAHAN-BAHAN:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air 
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna 1/2 sudu besar choc emulco)
  • 1/2 sudu besar perisa pandan dan sedikit pewarna hijau


CARA-CARANYA:
  1. Didihkan 3 cawan air,serbuk agar agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Kisarkan roti,telur,susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi (1/2 cawan). 
  3. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah dididihkan tadi.
  4. Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  5. Bahagi kepada 2. Satu bahagian warnakan warna hijau dan letak perasa pandan dan satu bahagian lagi masukkan serbuk koko@choc emulco. 
  6. Pukul sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul.
  7. Tuang ke dalam loyang bahagian coklat,biarkan sejuk dan keras sedikit (kalo nk cepat keras blh simpan di peti sejuk sekejap)
  8. Kemudian letak bahagian pandan,hendaklah dengan cepat sebab puding @ agar2 ini mudah sejuk @ membeku.
  9. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. 
  10. Enak dimakan ketika sejuk


Kredit resipi sepenuhnya kepada http://reenkhan7067.blogspot.com

selamat mencuba ye,mmg mudah kn

 

No comments:

Post a Comment