Thursday, September 27, 2012

Tie Dye Muffin & Perbezaan Muffin dan Cupcake

Assalamualaikum...

cuaca kt tempat sy yg tk menentu minggu ni mnybbkn semua aktiviti terhad dan jg en hubby yg masih outstation...aktiviti mengambil tempahan kek pn turut terbantut....hehehe..
Dari kelmarin putera kesayangan ku demam,batuk,selsema....kasihan btl anak ibu ni,dh ler ssh nk mkn ubat,ikut mood dan ikut jenis ubat,kalo yg manis2 tu dia nk...lambat le sembuh camni...!
Smlm si kecik tu minta muffin for breakfast,sy pn kelam kabut le buat slps hantar kakaknya ke sekolah trus masuk dapur mem'baking',siap request nk muffin warna-warni tu....
Alhamdullilah,lps siap trus si kecil mkn dgn seleranya w/pn badan kurang sihat,terharu btl tgk si kecil ni demam cz slalunya dialah yg paling aktif kt rmh ni.tk pandai duduk diam,ada je yg nk dibuatnya....
Ya Allah,Moga anakku cepat sembuh,Amin....





Resepi Muffin ni sy ambil dr blog ni http://resipicitarasawan.blogspot.com

Tie Dye Muffin

Bahan-bahan:
 250gm tepung self raising
30gm tepung jagung
20gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
125gm gula
150ml susu cair
100ml mentega cair

pewarna hijau,kuning,biru dan kuning

Cara-cara

1. Ayak bersama tepung self raising,tepung jagung,susu tepung dan baking powder
2. Pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkn tepung sedikit2 selang seli dengan susu cair.
3. Kemudian masukkan mentega cair,gaul hingga rata gunakn senduk kayu.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakn
5. Masukkan adunan berlainan warnaberselang seli memenuhi 3/4 cawan kertas
6. Bakar pada suhu 200c selama 20minint atau hingga masak

ok,skrg nk share ckit informasi yg sy dpt kt blog ni http://fiedafrieda.blogspot.com

Perbezaan Muffin dan Cupcake


PERBEZAAN 1
 yang jelas dan senang untuk difahami ialah CUPCAKES mempunyai frosting (icing) manakala MUFFIN tidak. Biasanya MUFFIN adalah lebih berkhasiat dan disediakan untuk makan pagi /breakfast berbanding CUPCAKES yang disediakan untuk majlis keraian tertentu seperti majlis kahwin/tunang/akikah. 





PERBEZAAN 2
 cara penyediaan muffin adalah berbeza dengan cupcakes;

MUFFIN
1) cara penyediaan MUFFIN adalah lebih kurang sama seperti membuat biskut.;
 campurkan bahan kering dahulu baru sebatikan dengan bahan basah. Sebatikan dengan hanya menggunakan spatula shaja sudah memadai.-jgn over mix kerana boleh menghasilkan gluten dan rongga udara. 

2) MUFFIN dibakar dengan suhu tinggi 180c-200c (20-25min)  bergantung kepada saiz muffin.
 
 
CUPCAKES
1)cara penyediaan CUPCAKES adalah sama seperti penyediaan membuat kek. 
butter/marjerin dipukul sebati sebelum dimasukkan gula (dipukul supaya udara & lemak bergabung , kemudian baru masukkan telur , tepung, serbuk penaik dan sestengah ditambahkan susu).

2) CUPCAKES dibakar dengan suhu seperti penyediaan kek-180c (20-25min).



PERBEZAAN 3
ADUNAN MUFFIN & CUPCAKES;


MUFFIN
Perbezaan yang ketara bagi MUFFIN ialah tekstur adunan adalah lebih keras & crumble . Jika diperhatikan adunan muffin akan menggunakan lebih partisi tepung dan hanya sedikit telur digunakan. (biasanya untuk satu adunan hanya 1 biji telur digunakan). Kebiasaannya muffin akan ditambahkan dengan buah kering seperi kismis /badam/kekacang / choc chip. Tekstur MUFFIN  yang kasar menggunakan gula kasar dan bukan gula halus seperti penyediaan kek . MUFFIN dikategorikan sebagai lebih berat & padat berbanding CUPCAKES. LEBIH BANYAK TEPUNG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN MUFFIN YANG CEPAT & MUDAH.

CUPCAKES
Cupcakes mempunyai tekstur adunan yang lebih soft & moist berbanding dengan MUFFIN. istilah gebu biasanya mengikut kepada partisi telur , tepung & susu yang digunakan dalam adunan CUPCAKES. seringkali org menggunakan kaedah pembuatan kek untuk menghasilkan  MUFFIN. yang ternyata kalau asalnya resepi, muffin adalah lebih keras & padat. 
CUPCAKES have less denser rather than MUFFIN. 
 
 
KESIMPULANNYA;


a CUPCAKES is like a cake,


 while a MUFFIN is like a BREAD.



(PUTERA PUTERI KESAYANGAN KU)


Monday, September 24, 2012

Kek Lapis Tempahan Sempena Open House Aidilfitri

Assalamualaikum,

Alhamdullilah rezeki lps blk beraya di kampung,beberapa regular customer buat tempahan kek sempena open house Aidilfitri,bersyukur sgt2...:-)
walaupn penat mengemas rumah 2,3hari ni tp tetap bersemangat amik tempahan.

yg ni custmr buat tempahan kek lapis pelangi, kek lapis horlicks dan 100biji apam polkadot.

thanks a lot my dear customer :-)

KEK LAPIS PELANGI


KEK LAPIS HORLICKS



APAM POLKA DOT


Resepi kek lapis horlicks nanti sy kongsikan dalam N3 akan dtg ye,resepi ni sy ambil dr myresepi.com dan Dapurku Sayang...

Kek Buah Bakar

Assalamualaikum,

resepi kek buah ni sy dpt dr adik sy, katanya resepi ni diambil dr sebuah majalah.Sy pn tk sure majalah apa....anyway resepi ni mmg mudah,pejam mata sblm pn blh buat..eewaahhhh..
tp wat pe nk pejam mata sblh kalo dh Allah kurniakn sepasang mata yg sempurna utk digunakn demi kebaikan,masak utk keluarga tercinta...Alhamdullilah :-)

ni resepinya,

250g majerin
250g gula kastor
4 biji telur (asingkn putih dan kuning)
250g tpg gandum
Kismis (anggaran ikut citarasa sendiri)
Sedikit esen vanila

-Putar majerin dan gula hingga lembut
-Masukkn kuning telur yg telah dipukul,putar lg hingga sebati
-Kemudian masukkn putih telur yg telah dipukul,putar lg sebati
-Masukkn esen vanila,kemudian tepung gandum dan akhir skali kismis
-Bakar pada suhu 180 darjah selama 30minit @ hingga kek masak.

Senangkn.....jom cuba ye





ni picture kek tgh panas-panas lg...dh siap potong tk sempat nk amik picture...kelam kabut betul ni :-)




Kek Pandan Marble

Assalamualaikum...

Lagi2 N3 delay...kali ni nk share resepi kek pandan marble dan kek buah bakar. Kek ni sy buat 2 hari lps utk En.Hubby nk gi outstation seminggu lamanya....huahuahuaaa...

Kelam kabut ckit buat kek ni cz last minute baru teringat nk buat,w/pn sebenarnya ada penyakit M sdg melanda...;-)


sumber resepi : blog cik mat gebu & myresepi.com



Bahan:
4 biji telur
100g gula pasir
1 camca besar ovalette
25ml pati santan (sy guna susu segar mcm Mat Gebu)
50g minyak jagung
100g tepung gandum **
1/2 sudu teh garam halus **
1/2 sudu teh baking powder ** (** digaul & ayak)
1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco 

Cara:
1. Putar gula + ovalette hingga rata. Masukkan telur & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.
3. Tuang minyak jagung & pati santan, gaul hingga sebati
4. Adunan dibahagi 2. Satu adunan dicampur esen vanilla, coklat emulco & serbuk koko. Satu adunan lagi pandan paste
5. Masukkan adunan koko & pandan berselang seli ke dlm acuan
6. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing

Selamat mencuba !





Tapau utk En.Hubby yg gi outstation...cukup ke ni??



Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum,

arini nk share resepi kuih tradisional,kuih seri ayu...mmg sedap kuih ni sesuai utk sarapan atau minum ptg...
tp kalo anak2 makan mesti dibuangnya kelapa kt atas tu,aduiiiyai..:-)

sumber resepi : myresepi.com



Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 sk ovellete
  • 1 sk perisa pandan
  • pewarna hijau
  • kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

Cara-cara

  1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
  2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
  3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit
senang je kn....selamat mencuba :-)




Thursday, September 13, 2012

SAMOSA MUDAH DAN SEDAP

Masih berfikir2 nk buat apa utk minum ptg ni? Jom cuba resepi samosa ni,mmg agak mudah.Inti nya sama mcm inti karipap,kulit pulak mnggunakn kulit popia segera yg blh didpti kt kedai....senang kn ^_^



Cara melipat samosa blh tgk blog ni http://rozzan.blogspot.com/2007/06/samosa.html
siap ada picture step by step lg,mmg best lah...thanks ye empunya blog...hihi


Bahan-Bahan Inti
500 gm daging cincang/kisar
2 biji bawang besar dipotong dadu- kalau saiz yg kecil gunakan 3 biji

4 ulas bawang putih
2 sm halia
5 sudu besar (bumbung) rempah kari

* Kisar b.putih & halia dgn sedikit air dan campurkan rempah kari.

2 biji kentang
1 btg lobak merah (yg kecil)
4 sudu besar jagung biji (whole kernel corn)
4 sudu besar kacang pis
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
sedikit garam
1 sudu bsr minyak sapi (optional) dicampur dgn secukup minyak- utk menumis

1 paket kulit popia

Nota: Anda juga boleh gunakan kentang & kira-kira 500 gm sayur campur (mixed vege)

Cara Memasak Intinya :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yg dipotong dadu. Biarkan sehingga bawang layu sedikit. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing. Sesudah itu, masukkan daging cincang bersama kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air jika perlu dan biarkan sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan jagung, kacang pis, daun sup/bawang dan garam. Kecilkan api dan biarkan bahan kering sedikit sebelum diangkat dan disejukkan.

Pssstt...samosa sy agar kurus2 sbb ltk inti ckit,first time melipat samosa jd ltkkn intinya ckit takut terburai pulak cz asyik buka tutup lipatannya (sy bdk br blaja ;-) ....next time blh lbhkn intinya....!

KEK LAPIS EVERGREEN (VERSI BAKAR)

Assalamualaikum...

jom cuba kek lapis evergreen versi bakar pulak,



Sumber Resepi : DapurKu SaYang (kek lapis evergreen)

bahan-bahan : Loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 450 g  mentega berkualiti tinggi 
  • 200 g tepung hongkong/gandum
  • 100 g serbuk horlicks
  • 160 g gula halus (sudah dikurangkan)
  • 1 botol kecil pandan paste
  • 1 sudu besar ovallette
  • 340 g susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 100 g serbuk santan
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara -cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan). 
  7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  10. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. 

KEK LAPIS MUHIBBAH

Assalamualaikum...

blum terlambat rasanya utk sy mengucapkan Salam Aidilfitri kpd semua kwn2 pembaca,w/pn dh hjg2 bulan Syawal ni,msh lg terasa mood raya...heheee..
 beraya di kampung mmg suatu yg terindah dlm hidup anak perantauan ni,dpt jumpa mak,ayah,adik-beradik dan family...mmg best....

kali ni nk share kek yg sy buat utk dibw blk kg aritu,sorry n3 ni delay cz buzy beraya plus kt kg sy coverage sgtlah mendukacitakn....huhuuu



KEK LAPIS MUHIBBAH
Sumber : WELCOME TO RSR


Bahan:10 biji telur
1 tin mentega (454 gm)
100 gm horlick
1 tin susu manis
1 tin gula halus (guna tin mentega)
2½ gelas tepung gandum (300 gm)
1 botol kecil jem strawberry

Cara:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu - gaul sebati dan rata
3. Masuk tepung - gaul sebati
4. Bahagi adunan kpd 2 bahagian
(a) satu bahagian campurkan dengan jemb.
(b) satu bahagian lagi campurkan dengan horlick dan susu
5. Bakar berlapis seperti kek lapis yang lain.