mesti hairan nape tajuk sy arini mangga kn....minggu lps sy ke pasar malam, tujuan sbnr nk beli mkn malam sbb mood M melanda, so jalan punya jalan...ternampak pakcik yg menjual mangga yg sy rasa sgt murah "3kilo RM10" hokey...!!! murah tu kalo masa sy di sabah,mmg tk mungkin dapat harga mangga yg murah camtu...
okey,resepi pertama mangga sy ialah puding mangga.
RESEPI PUDING MANGGA
Sumber : Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan (yg ni sy tk ltk)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
- Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
- Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...
No comments:
Post a Comment