Arini nk share menu lunch td, dh ptg baru berkesempatan nk update....sejak pindah ke tempat baru ni rindu pulak rumah lama sy yg tepi laut tu...tiap-tiap minggu blh makan ikan besor2...murah lak tu,aduiii...gi pasar td ternampak ikan bawal yg segar,mcm sodap je ni kalo wat menu tghari,tanpa melengah lg trus sambar 2 ekor yg saiz sederhana...harga RM12,blh la kn...
Resepinya sy refer kt blog sifu yg selalu sy singgah, mmg best blog Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap. Masuk sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
- Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan segera...