Monday, November 5, 2012

Chocolate Chips Cookies Ala-ala Famous Amos tu....

Assalamualaikum,

ada sesapa yg peminat cookies famous amos tk? angkat tangan....!!! heheee.
sy adalah salah seorgnya...dan skrg ni anak2 pn suka sgt mkn cookies ni,mmg agak mahal harganya...tp sedap dan tk jemu mkn.Setiap kali sy bw anak2 berjalan di shopping mall,kalo terjumpa kedai famous amos ni confirm rm20/30 abis dibelanja utk beli cookies,tp tk sempat blk rumah dh abis...

so tgh boring2 smlm sy pn google ler mencari resepi cookies yg sesedap famous amos,terjumpa la sy ngn resepi yg menarik ni,dh cuba mmg sedap...anak2 pn suka sgt2,habis sebekas di mkn 2 beradik ni dlm satu masa je sambil nengok tv...yg tinggal ada sebekas je lg...




RESEPI FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP COOKIES (http://noorsha.blogspot.com)
Resepi Asal : Syari, Myresipi
Sumber : Hasue


Bahan²
1 cawan gula
1 cawan padat gula perang
1 cawan mentega - kalo guna butter lg sedap kut
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sb susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sk garam
1 sk cream of tatar
1 sk baking soda
1/2 cawan walnut cincang-sy guna kacang badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sk esen vanila

Cara²
1. pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
2. masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
3. adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti cookies akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
4. bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit bergantung pada jenis oven....
5. setelah cookies perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

TIPS :
i) cookies ni agak rapuh..jika suka cookies yang keras sedikit , lebihkan tepung ikut citarasa atau tambah sedikit tepung jagung..
ii) walnut boleh ganti dengan kekacang lain...
iii)untuk bentuk yang lebih cantik dan tidak meleper selepas dimasak, masukkan sebentar adunan yang siap diuli dalam fridge selama 30 minit..selepas itu bolehla disudukan atas dulang pembakar dan masak seperti biasa....semasa proses membakar juga disarankan simpan adunan dalam fridge supaya tidak cair...
iv) rasa cookies lebih sedap bergantung pada jenis coklat chip dan mentega yg digunakan...so guna coklat chip n mentega yg berkualiti untuk kesedapan yang maksima...:)
v) kalau mentega da masin kurangkan sket garam :)


No comments:

Post a Comment