Wednesday, May 28, 2014

Jalan-jalan makan angin cuti sekolah ke Gold Coast Morib Banting

Assalammualaikum...

Masih merancang ke mana nk gi cuti persekolahan ni? Apa kata kita bercuti di Gold Coast Morib Banting....sesiapa yg tinggal di kawasan kuala lumpur, sepang, salak, nilai....lebih kurang sejam je mse perjalanan...tempat ni memang rileks dan santai...sesuai sgt untuk percutian singkat...
Untuk maklumat lanjut blh tgk website rasmi diorg kt sini GOLD COAST MORIB...Jom kita tgk gambar okey...:-)

Nie view pintu masuk...


nie pulak view dari bilik kami, pssst...mse booking jgn lupa request pool view okeh 





jacuzzi pun ada mmg best...anak2 mandi kt bilik sblm turun water park



buffet breakfast pun boleh tahan...skali ngn pakej bilik yea...    









Tuesday, May 27, 2014

Karipap Ayam frozen (tanpa digoreng)

Assalammualaikum....

Ada sesiapa pembaca blog sy ni peminat karipap? Sy dan family mmg peminat karipap so mmg letih kalo setiap kali teringin nk makan karipap kena uli tepung, nk buat inti lg...sy pun amik langkah bijak heheheee utk wat karipap frozen.Jadi lps ni kalo family minta nk mkn karipap just buka peti ais dan panaskan minyak....goreng....dh blh ngap...sedappppp





 
 
DOH KARIPAP
resepi: Tun Telaani
 
 

Bahan :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

Cara membuatnya :
Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu ( jangan guna tangan, melecur nnti ).
Dah sejuk siket, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Buleh wat karipap ikot suka inti apa..
 
 
INTI KARI AYAM DGN KELEDEK

Bahan:
400gm daging ayam kisar ~ brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..


Resepi Tauhu Teratai

RESEPI TAUHU TERATAI 

Abaikan jari jemari anak dara sy yg dh tak sabar nk makan tu yea..heee

Assalammualaikum....

Pasti ramai yang tk pernah tgk kuih ni kan sbb ianya mmg jarang dijual di kedai kuih,pasar malam @ etc....
Saya pun pertama kali mkn kuih ni ialah tahun lps,jiran depan rmh bagi...nk balas cz aritu sy bg cupcake pisang....


Tauhu Teratai @ Terbalik
Sumber : jasminshahab205.blogspot.com

2 bungkus tauhu empat segi kecil (18bj)-gunakan gunting potong X disalah satu permukaan, terbalikkan, kikis isi(jgn buang)
Isi udang dan bawang (dicincang)
Daun bawang n daun sup (dipotong halus)
1 bj telur
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
Campurkan isi udang + bawang + daun sup/bawang + telur + isi tauhu+ garam n gula secukup rasa.
Sumbatkan dlm kulit tauhu.
Goreng dgn cara telangkupkan bunga kemudian baru terbalikkan hingga garing.....sedap dimakan ngan sos.
Bahan Sos:
2 bj cili hidup
Sos cili
Sos tomato
Sos cili thai

Sedikit cuka, air, garam dan gula ( blend semua bhn)

Sesapa yg blum pernah merasai kuih ni blh la mencuba yea....:-)

Biskut Chocolate Oat Crisps

Assalammualaikum...

Lebih kurang sebulan lg kita akan meyambut Bulan Ramadhan....tentu ramai yg dh mula merancang untuk biskut raya tahun ni kan...saya pun tk ketinggalan nk share satu resepi biskut yg mmg sedap ni.Disebabkan nk habiskan stok oat yg terlalu lama dh ada kt dapur tu,sy pun cuba resepi ni, mmg sedap sgt.Anak-anak suka sangat spai minta bawa bekal ke sklh....


Sumber : mas-dapurmas.blogspot.com

Biskut Chocolate Oats Crips
Sumber :  Izahdaut dan Kak Zana - Inspirasiku
Bahan :
  • 130g tepung gandum - ayak
  • 30g tepung jagung - ayak
  • 20g serbuk koko -  ayak
  • ½ sk serbuk penaik - ayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak * Mas dan Izah tak letak
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 4-5 sudu nestum * Mas dan Izah tambah
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • badam nips(saya tambah sendiri)* Mas letak 1/2 cawan choc chips
 
 
Cara membuatnya :
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit .


Agar-agar Lapis Milo Susu

Assalammualaikum....

Apa yg sesuai di makan di kala musim panas ni yea? Semestinya yg sejuk huahuaaa...jom cuba resepi agar-agar lapis milo susu ni...



Sumber : DAPUR TANPA SEMPADAN & AZIE KITCHEN

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket (10 gram) agar agar serbuk
400 ml susu sejat
800 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 cawan gula pasir
3 camca besar milo
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan serbuk agar agar dan gula pasir, kacau rata. Tuang susu sejat dan air. Masukkan daun pandan, masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu hingga agar agar larut dan keluarkan daun pandan.

Bagi dua agar agar tadi (kurang lebih 600 ml). Satu bahagian ditambah dengan milo, dan satu lagi masukkan secubit garam. Kacau rata dan tuang dalam periuk berasingan dan biar atas api kecil.

Ambil 200 ml adunan susu, tuang dalam loyang 8 inci x 8 inci x 1inci. Biar beku sedikit, kemudian tuang 200 ml adunan milo. Biar beku sedikit dan ulang lagi hingga habis (3 lapisan susu dan 3 lapisan milo).

Simpan dalam peti sejuk hingga betul betul keras. Potong dan boleh hidangkan. Sedap dimakan sejuk sebagai pencuci mulut. 



CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh juga mencakar sedikit permukaan setiap lapisan yang beku sebelum menuang lapisan yang baru jika anda takut ia tidak melekat. Mat tapis setiap kali sebelum menuang lapisan baru. Loyang yang mat guna, mat letak atas tuala dapur yang telah dibasahkan untuk mempercepatkan proses membeku dan didekatkan dengan kipas angin. Nak mudah boleh simpan sekejap dalam peti sejuk... Selamat mencuba!!

Thursday, May 15, 2014

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE ala-ala SECRET RECIPE

Assalamualaikum...

ada sesiapa kt sini yg minat makan di secret recipe tk? korg mesti tau kek coklat indulgence ni kn.... mmg sedap, mkn satu slice mmg tk cukup terutama anak bujang saya yg suka sgt kek ni....

so bila dh ada byk masa free ni sy merajinkan diri membuat kek yg agak remeh ni sbb mmg byk step...apapun mmg worth it...trust me!

jom tgk resepinya.... (sumber : manismanismasam.blogspot.com)

mula-mula korg wat kek span coklat yea....resepinya blh tgk kt sini resepi kek span coklat

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM :
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH :
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR

TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.

MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.


 CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.



SELAMAT MENCUBA :-)