Wednesday, December 3, 2014

Resepi Buat Roti Mudah Tanpa Bread Maker (BM)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia,

Bermulanya cuti persekolahan akhir tahun 2014, sy dan keluarga masih belum ada perancangan utk bercuti kemana-mana. Jadi sy pun mengisi masa terluang dengan mencuba membuat roti. Ramai wanita terutama ibu-ibu yang merasakan sukar untuk membuat roti tanpa bread maker ni. Sy jg pada awalnya berpendapat sedemikian.

Setelah beberapa hari mengoogle tentang roti, sy terjumpa satu resepi mudah membuat roti tanpa bread maker pun roti boleh jadi gebu. Seperti biasa sy ambil resepi ni dari blogger terkenal Mat Gebu

roti sosej pintal

roti cheese 





Resepi Doh Roti :

300 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

Untuk Roti Sosej Pintal
Sosej
Sos Cili
Mayonis
Vegetables Mix (Sy tk ltk sbb tkder stok ;-)

Untuk Roti Cheese
Cheedar Cheese (Di sagat)
Lebihan telur td dibancuh dengan satu sudu besar susu segar (untuk disapu atas roti sblm tabur cheese)

Cara Membuat Doh
Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit.

sangat sedap seperti beli di kedai....atau mungkin lg sedap dr itu heheheee

Nampak tk kegebuan roti itu....mmg sangat memuaskan


Selamat mencuba kawan-kawan !

Thursday, October 9, 2014

Resepi Rainbow Cake Roll

Assalamualikum,

Hari ni nk buat fast entry sbb diri ini tk berapa sihat...selsema dan sakit tekak melanda.Namun masih sempat buat rainbow cake roll ni utk anak2 makan petang.

Resepinya (blh klik sini )

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, kemudian warnakan ikut tema rainbow
  5. Tuangkan adunan berselang seli (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 



Selamat Mencuba yea....:-)

Monday, September 8, 2014

Jalan-jalan cari makan sedap - the Sumbs Cafe di Shah Alam

Assalammualaikum w.b.t

Memandangkan en hubby sy dh bertukar ke Shah Alam, rajin la sy dan anak2 berulang alik ke Shah Alam. Mmg agak sukar mendapatkan rumah di sana, so terpaksa berulang dr Nilai ke Shah Alam.

Hari sabtu lps sy dan anak2 berpeluang mengikut en.hubby ke Shah Alam atas urusan tugas beliau.Kami berkesempatan jg le menonton perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Yaman.Ini pengalaman kedua sy dan anak2 pergi menonton perlawanan bola sepak,mmg enjoy sangat (dpt duduk kt seat vip yg selesa :-)

After tgk perlawanan bola sepak kami terus jalan-jalan cari makan sedap for our dinner, lps beberapa minit menggoogle sy dpt satu tpt makan yg menarik...tk jauh dari stadium Shah Alam.

open 12pm-11am closed on friday address Block 7, Persiaran Alami , Seksyen 13, Shah Alam (gambar ehsan google)



         


Kt cafe ni semuanya disediakan dalam bekas pakai buang, so senang la pekerja kan tkyah susah2 cuci pinggan mangkuk. Umumnya cafe ni menyediakan makanan western, tp jgn risau makanan local pun ada jgk

yang ni untuk anak lelaki sy Nasi with Satay Goreng....mmg terasa rempah satay tu,byk lak tu
anak perempuan sy pulak order makanan kegemaran dia pasta bolognise, nyummy...w/pun byk hampir berjaya menghabisknnya....
en.hubby pulak order fish & chips...rasanya mmg ok

sy pulak order black pepper chicken chop...ayam sedap lembut,sos pun sgt memuaskan hati
untuk desert kami order churros with chocolate sauce, anak2 sgt suka
Sangat-sangat puas hati makan kt sini, servis bagus,kualiti makanan best,sedap....harga pun sangat berpatutan...surely will be back soon....

Thursday, August 14, 2014

Jalan-jalan cari makan sedap - Rumah Makan Cibiuk di Kajang

Assalammualaikum,

Hari ni sy nak share satu tempat makan yang menarik dan mungkin sedap ikut selera dan tekak masing-masing. Kalo bagi selera sy blh la, 3 star out of 5 :-)

Kebetulan sy mengikut hubby ke kajang utk urusan tertentu, maka kami pun mengambil kesempatan utk terus makan malam di kajang.

Rumah Makan Cibiuk ni terletak di NO 1-G, JLN PUTRA 6, TAMAN PUTRA KAJANG, 43000 KAJANG, SELANGOR. Restoran ni semestinya berkonsepkan Indonesia, pekerja-pekerjanya juga terdiri daripada warga Indonesia.

Ni adalah trademark restoran tersebut
pandangan dari luar Rumah Makan Cibiuk, sorry sbb gelap sbb nk blk bru teringat nk amik gambar

ni Rajanya Sambal mcm trademark yg ditulis pd restoran, mmg sedap sambalnya....

Sunday, June 1, 2014

Jalan-jalan makan angin cuti sekolah ke Primaland Resort Port Dickson

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia,

Hari ni sy nk share lagi satu tempat percutian yg menarik dan santai, sgt sesuai untuk bw anak2 sempena cuti sekolah ni...
Primaland Resort ni terletak di Port Dickson, lebih kurang 45minit dari rumah sy kt nilai ni....sblm ni Primaland ni lebih dikenali sebagai Tiara Beach Resort...

Untuk tempahan secara online blh klik kt sini yea PRIMALAND RESORT, tempahan bilik ni termasuk waterpark wristband entrance.


 Waterpark kt sini mmg best....besar dan kebersihan pun ok, anak-anak mesti suka lah sbb boleh mandi dua hari berturut sbb wristband tu valid for 2 days yea....Apalagi jom la kita bercuti...yeeehahaaaa

Wednesday, May 28, 2014

Jalan-jalan makan angin cuti sekolah ke Gold Coast Morib Banting

Assalammualaikum...

Masih merancang ke mana nk gi cuti persekolahan ni? Apa kata kita bercuti di Gold Coast Morib Banting....sesiapa yg tinggal di kawasan kuala lumpur, sepang, salak, nilai....lebih kurang sejam je mse perjalanan...tempat ni memang rileks dan santai...sesuai sgt untuk percutian singkat...
Untuk maklumat lanjut blh tgk website rasmi diorg kt sini GOLD COAST MORIB...Jom kita tgk gambar okey...:-)

Nie view pintu masuk...


nie pulak view dari bilik kami, pssst...mse booking jgn lupa request pool view okeh 





jacuzzi pun ada mmg best...anak2 mandi kt bilik sblm turun water park



buffet breakfast pun boleh tahan...skali ngn pakej bilik yea...    









Tuesday, May 27, 2014

Karipap Ayam frozen (tanpa digoreng)

Assalammualaikum....

Ada sesiapa pembaca blog sy ni peminat karipap? Sy dan family mmg peminat karipap so mmg letih kalo setiap kali teringin nk makan karipap kena uli tepung, nk buat inti lg...sy pun amik langkah bijak heheheee utk wat karipap frozen.Jadi lps ni kalo family minta nk mkn karipap just buka peti ais dan panaskan minyak....goreng....dh blh ngap...sedappppp





 
 
DOH KARIPAP
resepi: Tun Telaani
 
 

Bahan :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

Cara membuatnya :
Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu ( jangan guna tangan, melecur nnti ).
Dah sejuk siket, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Buleh wat karipap ikot suka inti apa..
 
 
INTI KARI AYAM DGN KELEDEK

Bahan:
400gm daging ayam kisar ~ brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..


Resepi Tauhu Teratai

RESEPI TAUHU TERATAI 

Abaikan jari jemari anak dara sy yg dh tak sabar nk makan tu yea..heee

Assalammualaikum....

Pasti ramai yang tk pernah tgk kuih ni kan sbb ianya mmg jarang dijual di kedai kuih,pasar malam @ etc....
Saya pun pertama kali mkn kuih ni ialah tahun lps,jiran depan rmh bagi...nk balas cz aritu sy bg cupcake pisang....


Tauhu Teratai @ Terbalik
Sumber : jasminshahab205.blogspot.com

2 bungkus tauhu empat segi kecil (18bj)-gunakan gunting potong X disalah satu permukaan, terbalikkan, kikis isi(jgn buang)
Isi udang dan bawang (dicincang)
Daun bawang n daun sup (dipotong halus)
1 bj telur
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
Campurkan isi udang + bawang + daun sup/bawang + telur + isi tauhu+ garam n gula secukup rasa.
Sumbatkan dlm kulit tauhu.
Goreng dgn cara telangkupkan bunga kemudian baru terbalikkan hingga garing.....sedap dimakan ngan sos.
Bahan Sos:
2 bj cili hidup
Sos cili
Sos tomato
Sos cili thai

Sedikit cuka, air, garam dan gula ( blend semua bhn)

Sesapa yg blum pernah merasai kuih ni blh la mencuba yea....:-)

Biskut Chocolate Oat Crisps

Assalammualaikum...

Lebih kurang sebulan lg kita akan meyambut Bulan Ramadhan....tentu ramai yg dh mula merancang untuk biskut raya tahun ni kan...saya pun tk ketinggalan nk share satu resepi biskut yg mmg sedap ni.Disebabkan nk habiskan stok oat yg terlalu lama dh ada kt dapur tu,sy pun cuba resepi ni, mmg sedap sgt.Anak-anak suka sangat spai minta bawa bekal ke sklh....


Sumber : mas-dapurmas.blogspot.com

Biskut Chocolate Oats Crips
Sumber :  Izahdaut dan Kak Zana - Inspirasiku
Bahan :
  • 130g tepung gandum - ayak
  • 30g tepung jagung - ayak
  • 20g serbuk koko -  ayak
  • ½ sk serbuk penaik - ayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak * Mas dan Izah tak letak
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 4-5 sudu nestum * Mas dan Izah tambah
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • badam nips(saya tambah sendiri)* Mas letak 1/2 cawan choc chips
 
 
Cara membuatnya :
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit .


Agar-agar Lapis Milo Susu

Assalammualaikum....

Apa yg sesuai di makan di kala musim panas ni yea? Semestinya yg sejuk huahuaaa...jom cuba resepi agar-agar lapis milo susu ni...



Sumber : DAPUR TANPA SEMPADAN & AZIE KITCHEN

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket (10 gram) agar agar serbuk
400 ml susu sejat
800 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 cawan gula pasir
3 camca besar milo
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan serbuk agar agar dan gula pasir, kacau rata. Tuang susu sejat dan air. Masukkan daun pandan, masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu hingga agar agar larut dan keluarkan daun pandan.

Bagi dua agar agar tadi (kurang lebih 600 ml). Satu bahagian ditambah dengan milo, dan satu lagi masukkan secubit garam. Kacau rata dan tuang dalam periuk berasingan dan biar atas api kecil.

Ambil 200 ml adunan susu, tuang dalam loyang 8 inci x 8 inci x 1inci. Biar beku sedikit, kemudian tuang 200 ml adunan milo. Biar beku sedikit dan ulang lagi hingga habis (3 lapisan susu dan 3 lapisan milo).

Simpan dalam peti sejuk hingga betul betul keras. Potong dan boleh hidangkan. Sedap dimakan sejuk sebagai pencuci mulut. 



CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh juga mencakar sedikit permukaan setiap lapisan yang beku sebelum menuang lapisan yang baru jika anda takut ia tidak melekat. Mat tapis setiap kali sebelum menuang lapisan baru. Loyang yang mat guna, mat letak atas tuala dapur yang telah dibasahkan untuk mempercepatkan proses membeku dan didekatkan dengan kipas angin. Nak mudah boleh simpan sekejap dalam peti sejuk... Selamat mencuba!!

Thursday, May 15, 2014

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE ala-ala SECRET RECIPE

Assalamualaikum...

ada sesiapa kt sini yg minat makan di secret recipe tk? korg mesti tau kek coklat indulgence ni kn.... mmg sedap, mkn satu slice mmg tk cukup terutama anak bujang saya yg suka sgt kek ni....

so bila dh ada byk masa free ni sy merajinkan diri membuat kek yg agak remeh ni sbb mmg byk step...apapun mmg worth it...trust me!

jom tgk resepinya.... (sumber : manismanismasam.blogspot.com)

mula-mula korg wat kek span coklat yea....resepinya blh tgk kt sini resepi kek span coklat

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM :
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH :
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR

TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.

MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.


 CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.



SELAMAT MENCUBA :-)


Sunday, April 20, 2014

Jom belajar buat kuih tako pandan

Assalamualaikum...

Menu apa petang ni...jom kita ke dapur belajar buat kuih tako pandan. Sebenarnya saya pun baru je belajar itupun melalui online jer...jadila kan..huk3

Saya jumpa cara paling mudah nak belajar dan senang fahamdari blog favourite sy www.azlitamasammanis.com

Mula-mula jom kita belajar cara buat kotak-kotak comel dlu ye



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • daun pandan yang lebar-lebar yea (cuci dan keringkan)
  • gunting
  • pembaris
  • stapler
Satu helai daun pandan utk satu kotak tau.
Mula2 kita ukur dulu daun pandan tu. Kita perlukan 10 inci panjang. Ukur dari bahagian ujung tapi, yang lebar. Jangan ambil dari pangkal kerana bahagian pangkal agak keras.
Potong Daun pandan tu sepanjang 10 inci.
Tandakan pada setiap 2 inci.
Kemudian kita lipat pada setiap 2 inci tadi

Potong setiap garisan lipatan tapi 1/2 daun aje, iaitu sampai ke urat tengah dia.
Pada bahagian yang hujung pula potong dan buangkan 1/2 daripada petak tersebut.
Kemudian lipat ia untuk membentuk kotak.

Tapak dia pula di selang selikan macam kita buat tikar.
Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
Dah siap....mudah je kan...

Jom kita buat adunan kuih pulak

Sumber : azlitamasammanis

KUIH TAKO



Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau 
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2  biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas 
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah  dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

Thursday, February 20, 2014

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE FOR OUR ANNIVERSARY

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia utk semua sahabat,

Setelah sekian lama tidak update blog, hari ni sy berpeluang utk masukkn satu resepi istimewa sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke 9 ^_^
Sekian lama menyepi bukan sebab tkder resepi baru yg ingin dikongsikan tp disebabkan kekangan masa dan beberapa masalah lain sejak berpindah ke semenanjung ni. Apapun blog ni tetap a part of my life, memang rindu sangat nk menaip dan memasukkn resepi yg istimewa....

Dari minggu lps sy asyik tercari-cari kek istimewa yg sesuai utk anniversary kami, at last sy terjumpa kt blog kegemaran sy Kak Ita Masam Manis.

Ni kek yg dh siap ngan decoration....sy pilih kek berwarna putih melambangkan kesucian hubungan kami, putih bersih dan love merah menyala kt tgh2 tu lambang cinta hati kami...heheee

RESEPI CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE
Resepi Asal : Chocolate Orange Roulade Torte
By : Chef Alex Goh
Sumber : azlitamasammanis chocolate bluberry roulade torte

ORANGE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
 4 biji putih telur
100 gm gula castor
 100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
Keluarkan kek dari loyang setelah masak
Buangkan lapisan atas kek yang berkerak


Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4 cm
Sapukan ganache ~ rujuk resepi
Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap

Sekarang kita sediakan Chocolate Sponge Cake

 CHOCOLATE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk

Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.
Sekarang kita sediakan topping.

Untuk kek ni, Kak Ita Masam Manis gunakan Stabilised Whipped Cream, sy pun sama.Sila rujuk resepi dariYouTube

STABILISED WHIPPED CREAM

2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan

Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi




Untuk piping gel yang yang berbentuk hati tu, ni resepinya....


1/3 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan jus lemon
1 sudu besar tepung jagung
Cara
Campurkan semua bahan, masak dengan api perlahan sehingga pekat dan jernih berkilat, sejukkan sebelum digunakan . Campurkan sedikit pewarna yang diingini mengikut kuantiti yang diperlukan. Tahan selama seminggu.

yang ni gel selepas ni warnakan merah.....


CHOCOLATE GANACHE
300 gm coklat masakan
150 gm whipping cream
15 gm mentega

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler ~ letakkan bekas coklat atas periuk yang berisi air mendidih
Dalam bekas lain panaskan whipping cream hingga hampir mendidih
Kemudian tuangkan dalam coklat tadi
Tambahkan mentega dan gaul rata
Biarkan sejuk sekurang-kurangnya 24 jam