Wednesday, October 23, 2013

Biskut Ice Cream untuk Hari Raya

Assalamualaikum,

Ni entri pertama saya untuk resepi biskut raya, boleh cuba bila-bila masa sahaja, tk semestinya hari raya je ek,hik hik hik....
Anak-anak saya sangat suka biskut ni, biskut fancy camni semestinya menarik minat kanak-kanak.Kalo buat time raya confirm cepat abis. Resepi ni saya ambil dr azlitamasammanis






BISKUT ICE CREAM
By: Ida

130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan


Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Hias biskut ikut creativiti anda.

Ada satu lg resepi Biskut Aiskrim,blh tgk kt ovenkecil biskut-aiskrim-nestum , InsyaAllah next time nak cuba yang ini pulak...

No comments:

Post a Comment