Wednesday, October 23, 2013

Tortilla for my simple dinner

Assalammualaikum

Hari ni saya nak kongsi satu menu makan malam yang simple dan mmg confirm kenyang,hihihi...Okay sesiapa pernah makan mc wrap kt fast food mcdonald tu? haaa...lbh kurang camtu le tp yg ni homemade.Memang menjumatkan.
Sebelum nak bagi resepi mudah ni, nak share apa itu tortilla

-A tortilla (or flour tortilla to differentiate it from other uses of the word "tortilla") is a type of thin flatbread made from finely ground wheat flour. Originally derived from the corn tortilla (tortilla in Spanish means "small torta", or "small cake")



Homemade Tortilla yang sangat mudah

-Isi ayam yang di grill atau di goreng
-sayur salad secukupnya
-kepingan cheese (saya guna chesdale)
-tomato dihiris
-bawang besar di hiris
-mayonis dan apa-apa jenis sauce ikut citarasa sendiri (sos cili/tomato/blackpepper)

Cara buatnya senang sahaja, mula-mula sapukan mayonis pada kepingan tortilla,pastu letak salad dan cheese.Kemudian masukkan ayam,tomato, bawang dan sos,mayonis.
Boleh juga letak bahan-bahan lain ikut citarasa sendiri,memang mudah kan....














Biskut Ice Cream untuk Hari Raya

Assalamualaikum,

Ni entri pertama saya untuk resepi biskut raya, boleh cuba bila-bila masa sahaja, tk semestinya hari raya je ek,hik hik hik....
Anak-anak saya sangat suka biskut ni, biskut fancy camni semestinya menarik minat kanak-kanak.Kalo buat time raya confirm cepat abis. Resepi ni saya ambil dr azlitamasammanis






BISKUT ICE CREAM
By: Ida

130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh baking powder
20gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan


Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Hias biskut ikut creativiti anda.

Ada satu lg resepi Biskut Aiskrim,blh tgk kt ovenkecil biskut-aiskrim-nestum , InsyaAllah next time nak cuba yang ini pulak...

Agar-agar Santan

Assalamualaikum,

Nak share satu lagi resepi agar-agar,sesuai di makan sejuk-sejuk...mmg enak dan menyegarkan.






RESEPI AGAR-AGAR SANTAN
Sumber : CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Olahan : http://mynewcubicle.blogspot.com/
- 1 paket agar-agar serbuk 10gm @ 11gm
- 1 liter air ( 4 cawan air)
- 200gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
- 250 ml santan pekat (saya guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air)
- 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
- Secubit garam
- beberapa titis pewarna hijau dan perisa pandan
- 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan




Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan perisa pandan serta pewarna hijau. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...