Wednesday, August 21, 2013

Birthday Cake for Hubby... Chocolate Mousse Cake

Assalamualaikum....
Rasanya blum terlambat lg nk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd smua kawan2 yg sudi baca blog sy ni....
Sejak berpindah ke tempat baru, ni la baru ada kesempatan nk update blog...lamanya tk jenguk dh bersawang nampaknya,hik3....

Sempena birthday suami tercinta smlm,sy try buat kek chocolate mousse yg ala-ala secret receipe (perasaan makkk....*sambil tgn di bahu, mata ke atas)

Sbnrnya kek ni tkder la susah sgt nk buat, cuma perlukan kerajinan tahap tinggi,paham2 je la ekk Kalo penyakit M sdg melanda dinasihatkn jgn try wat kek ni..huahuahuaaa...
Okey,straight to the receipe....



Chocolate Mousse Cake
Rujukan : azlitamasammanis

Kek Span Coklat

Bahan A
30 gm serbuk koko
1/2 cawan air panas
1 sudu teh coklat emuco
4 biji kuning telur
100 gm gula halus
130 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tarta
65 gm gula halus

Panaskan ketehar pada suhu 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inci
Leserkan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan

Campurkan tepung, soda dan baking powder kemudian di ayak ~ ketepikan
Larutkan serbuk koko dan coklat emulco bersama air panas ~ ketepikan
Dalam bekas berasingan campurkan kuning telur, gula halus, bahan tepung yang telah di ayak, minyak dan esen vanilla, kacau rata
Kemudian masukkan larutan koko tadi dan sebatikan adunan.
Ketepikan

Dalam bekas pemutar, putarkan putih telur dari bahan B hingga berbuih
Tambahkan krim of tarta dan gula dan putar dengan speed laju hingga kembang, kakau dan bertanduk.

Ambil 1/3 adunan bahan B dan kaup balik dalam adunan dari bahan A ( adunan koko)
Tuangkan baki adunan dan kaup balik rata.

Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
* kek ini juga boleh di bakar dengan kaedah steam bake
Bila kek dah masak, sejukkan atas redai
Potong kek yang telah sejuk kepada 3 kepingan ~ ketepikan

Chocolate Mousse


250 gm Krim putar bukan tenusu Non Dairy Whipping Cream
50 gm serbuk koko
80 gm gula halus
1 sudu besar Nescafe atau Paste Moca
1 sudu besar halal gelatin
4 sudu besar air panas

Larutkan gelatin dalam 4 sudu besar air panas
Caranya ~ etak air panas dalam cawan dan taburkan gelatin di atasnya, biarkan ia kembang dan melarut. Jika masih tak larut panaskan secara kaedah double boiler.

Sementara itu satukan serbuk koko dan gula dan ayak

Dalam bekas pemutar, putar Non Dairy Whipping Cream hingga kental
tambahkan serbuk koko, gula, paste moca dan pukul kelajuan perlahan
Akhir sekai masukkan larutan gelatin

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek

Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing 

No comments:

Post a Comment