jom kita cuba kek cheese yg sgt mudah ni,tekstur mmg lembut dan gebu...mmg tk jemu nk mkn.
tp jgn lupa diet k...ekekekee... ;-)
jom amik resepi kt cni di sini
LIGHT CHEESE CAKE..
Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
1) Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan
dengan api perlahan.Biar cair..kacau
selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah
tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,
2) Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam
bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan
minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang
segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak
berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah
lama.
3) Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi
sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2
ringan untuk hasilkan kek yang ringan.
Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba
diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.
4) Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.
Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..
*PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini
tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam
adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.
5) Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak
separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup
balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand
whisk sehingga benar2 sebati.
6) Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga
korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk
satu arah pusingan dengan perlahan..Ingat ya,kacau dengan perlahan sahaja.. Setelah
agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup
balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati..Sediakan loyang untuk
membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa
griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung dan ratakan seperti
di atas..lebihan tepung tu buang laa ek..atau boleh je recycle..sebab masih
elok tu.. Selepas itu boleh lah tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah
bergris ini..Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar
untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.
7) Tuangkan air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..Selain tu korang boleh je nak panaskan loyang berisi air siap2 dalam loyang yang sebelah bawah tu..tapi cam rumit sikit laa kan.Semasa dibakar,kek biasanya akan naik elok jer..dan turun sedikit setelah sejuk(tapi bukan bantat ye) .
7) Tuangkan air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..Selain tu korang boleh je nak panaskan loyang berisi air siap2 dalam loyang yang sebelah bawah tu..tapi cam rumit sikit laa kan.Semasa dibakar,kek biasanya akan naik elok jer..dan turun sedikit setelah sejuk(tapi bukan bantat ye) .
No comments:
Post a Comment