Tuesday, August 7, 2012

Agar-Agar Karamel

Assalamualaikum w.b.t

rasanya masih blum terlewat nk ucapkan selamat berpuasa....sejak mula bulan ramadhan ni blum ada kesempatan utk update blog ni,sibuk dgn aktiviti di dlm bulan ramadhan.

InsyaAllah,sy ada beberapa resepi yg dh sy cuba sepjg bulan puasa ni,boleh kita kongsikn bersama ye.


Agar-agar Karamel
Sumber : CMG dan secubitgaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml
300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

 CARA MEMBUATNYA :-)
Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

# bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air, sbb tekstur puding jd keras sket
## dlm adunan puding k.nor kurangkan sukatan gula sbb dah ada rasa manis dr karamel
### kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak lama bila dah letak adunan susu + kastad sbb serbuk agar2 tu akan buat adunan akan pejal tak seperti kalau guna jelly
Mmg sgt sesuai dijadikan pemanis mulut semasa berbuka puasa,utk sesapa yg tk sukakn telur dlm puding karamel blh cuba resepi ni cz mmg tkder menggunakn telur.

No comments:

Post a Comment