Kek ni nk bawa blk kg beraya...tk sabarnya...!
Psssttt...abaikn hangus hitam di tepi2 kek tu ek...:-)
Resepi Kek Lapis 4 Rasa
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : loyang
8" x 8"
- 10 biji telur gred A
- 500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya)
- 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
- 150 g gula kastor
- 100 g serbuk horlicks
- 150 g serikaya
- 300 g susu pekat manis
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
- 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu
Cara-cara :
- Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
- Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
- Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
- Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
- Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
- Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
- Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
- Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
- Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA
:
- Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
- Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
- Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
- Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
- Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
- Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
- Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan