Wednesday, December 3, 2014

Resepi Buat Roti Mudah Tanpa Bread Maker (BM)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia,

Bermulanya cuti persekolahan akhir tahun 2014, sy dan keluarga masih belum ada perancangan utk bercuti kemana-mana. Jadi sy pun mengisi masa terluang dengan mencuba membuat roti. Ramai wanita terutama ibu-ibu yang merasakan sukar untuk membuat roti tanpa bread maker ni. Sy jg pada awalnya berpendapat sedemikian.

Setelah beberapa hari mengoogle tentang roti, sy terjumpa satu resepi mudah membuat roti tanpa bread maker pun roti boleh jadi gebu. Seperti biasa sy ambil resepi ni dari blogger terkenal Mat Gebu

roti sosej pintal

roti cheese 





Resepi Doh Roti :

300 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

Untuk Roti Sosej Pintal
Sosej
Sos Cili
Mayonis
Vegetables Mix (Sy tk ltk sbb tkder stok ;-)

Untuk Roti Cheese
Cheedar Cheese (Di sagat)
Lebihan telur td dibancuh dengan satu sudu besar susu segar (untuk disapu atas roti sblm tabur cheese)

Cara Membuat Doh
Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit.

sangat sedap seperti beli di kedai....atau mungkin lg sedap dr itu heheheee

Nampak tk kegebuan roti itu....mmg sangat memuaskan


Selamat mencuba kawan-kawan !

Thursday, October 9, 2014

Resepi Rainbow Cake Roll

Assalamualikum,

Hari ni nk buat fast entry sbb diri ini tk berapa sihat...selsema dan sakit tekak melanda.Namun masih sempat buat rainbow cake roll ni utk anak2 makan petang.

Resepinya (blh klik sini )

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, kemudian warnakan ikut tema rainbow
  5. Tuangkan adunan berselang seli (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 



Selamat Mencuba yea....:-)